Wednesday, July 26, 2017

Tolonglah Saya....Please

Assalamualaikum...

Hmm....daripada tadi dok memikirkan pasal emel Yahoo yang tak boleh nak access ni. Masalahnya terlupa password tapi soalan yang dia tanya tu langsung tak pernah jawab masa buat akaun Yahoo dulu. 

Macam mana ni? Ada sesiapa yang tahu...boleh tolong saya tak? Dah pening sebab ada kerja yang perlu saya lakukan guna emel Yahoo tersebut. Dah recover guna Gmail pun takleh nak dapat balik emel-emel daripada akaun asal. 

Anyone? Anybody knows? Hmm...help me please

Thank you...
Read more ...

Tuesday, July 25, 2017

Rasa-Rasa Naik Ke Turun?

Assalamualaikum...

Entry kali ini adalah lanjutan daripada entri INI.

Kalau korang dah baca entri yang aku update last week, mesti tau apa maksud tajuk kat atas tu. 

Baikkkk...aku tak nak korang pening kepala..nanti korang cakap aku nak main teka teki. Sebenarnya aku berfikir tentang harga petrol mingguan. Ya la, beberapa minggu sebelum raya, nampak penurunan yang ketara kan. Hmm...right after raya, harga petrol mencatatkan kenaikan. So, disitu ada sedikit pertanyaan dalam kepala aku ni.

Well, sesetengah pendapat berkata nak raya memang minyak turun sikit tapi lepas raya naiklah balik. Hmm...aku tak suka ada spekulasi tapi aku sendiri sekarang ni ibarat create speculation tu....Eh ya ke? Oh....tidak. Ini sekadar pertanyaan dan apa yang terlintas dalam benak fikiran aku.

Tadi pun isi petrol sedikit je sementara menantikan harga baru yang akan diumumkan every Wednesday. So, lets wait and see...........

Korang rasa, naik ke turun? Aku rasa mungkin naik atau kekal...
Read more ...

Monday, July 24, 2017

Bersiaran Kembali

Assalamualaikum....

Selamat pagi semua. Alhamdulillah, bersiaran kembali didunia blog ini. Fuhhh...last week memang betul-betul hectic untuk aku. Banyak betul urusan nak diselesaikan dan dengan masalah modem UniFi yang tetibe rosak.

Dalam hari Khamis baru modem UniFi ditukar oleh pihak TM. Kebetulan pulak kakak aku ada operation Selasa lepas, makanya aku mengambil alih tugas untuk hantar dan ambil anak dia dari sekolah. Mak pun tak sihat since last 2 weeks, makanya lagilah busy. Sampai tak sempat langsung nak menghadap blog.

Ya Allah, memang busy dan sangatlah meletihkan tapi semua tu tanggungjawab. Sampaikan appointment untuk diri sendiri pun tak terkejar nak pergi. Since jumaat pula, aku busy dengan hal mak dan rumah....fuuhhh....

So, hari ni baru berkesempatan nak blogging. Kepada kengkawan yang dah tinggalkan komen tu, nanti iolls reply satu-satu dan singgah balik ke blog korang ya.
Read more ...

Monday, July 17, 2017

#JOMNAIKMRT | Fasa Kedua Muzium Negara - Kajang

Assalamualaikum...
Haa...dah tiba pun hari Isnin, 17.07.2017 yang dinantikan oleh sebilangan besar rakyat Malaysia terutama yang duduk atau bekerja di area Sg Buloh hingga ke Kajang tu. Ala..mesti korang dah tau apa iolls nak cakapkan. Bijak! Bijak!....MRT (Mass Rapit Transit).

Fasa pertama dulu telah dilancar pada 16 Disember 2016 bermula dari Sg. Buloh ke Semantan. Now, dah sampai ke phase 2 bermula dari Muzium Negara hinggalah ke Kajang tu. Alhamdulillah, satu lagi prasarana yang bertujuan untuk memudahkan pergerakan rakyat Malaysia yang disediakan oleh kerajaan. Harapnya dapat memberi manfaat kepada semua yang menggunakan pengangkutan awam untuk melakukan aktiviti harian ya. Macam aku ni, drive hari-hari maybe takde la terasa sangat efek MRT tu. Hihihihi

Well, apa kata kita tengok sikit infografik MRT Fasa 2 ni dan sepanjang mana laluan MRT ni bermula dari Sg Buloh hingga ke Kajang.

Phase 1
(starting 16 December 2016)

Phase 2
(starting 17 July 2017)
Oh ya, MRT ini akan mula dibuka pada Isnin, 17.07.2017 jam 4.00 PM (INFO) . So, kepada sesiapa yang teruja nak naik MRT ini, jangan lepaskan peluang tau. Hakak tak dapatlah pergi memandangkan masih bekerja lagi. 

So, kalau korang nak mengetahui info lanjut mengenai MRT ini, sila klik dipautan ini myrapid.com .

 #JOMNAIKMRT gitewwww

Okay...till we meet again
Read more ...

Thursday, July 13, 2017

Bila Ainim Membaca Novel : #NovelBreathe

Assalamualaikum...
Tahukah korang bahawa Ainim ni bukan seorang kaki novel? Hahaha...itu antara perkara yang paling sinonim dengan aku. Nak baca novel? Oh NO...tak minat sebab malas nak feeling feeling bila baca novel. Tambahan pula novel yang biasa dipasaran ni kebanyakkan bertemakan cinta. Ke aku je berpendapat macam tu? Maksud aku, novel yang popular sekarang ni majoriti novel cinta. Aku ni kurang sikit topik cinta cinta ni...BOSAN

Hmm...hendak dijadikan cerita, aku follow akaun Twitter Dr Beni Rusani yang memang Tweet Famous beliau ini. Merupakan salah seorang author untuk buku Diagnosis dan Apokalips. Hmm..baru baru ini beliau menerbitkan sebuah novel hasil penulisan beliau yang berjudul Breathe.

Aku ni selalu tengok orang dok tweet berkenaan novel ni daannnnnn secara tak langsung menarik perhatian aku untuk membaca novel ni. TAPI..kenalah beli dulu novel tu. Ye tak? So, setelah hampir 2 minggu dok usha review pembaca dan setelah aku sendiri baca sinopsis novel ini, maka tertarik hati untuk membeli novel ni.

Keinginan untuk membaca novel memang betul-betul mendalam. Hmm...by the way, Dr Beni ni aku baca blog dia dulu, then baru ada interest untuk baca novel dia. So...semalam, sejenis kegigihan melanda diri dan aku terus ke MPH Publika untuk membeli novel Breathe. Harga RM 30 dan aku sempat jugalah tanya stok berapa yang ada. Hanya tinggal 6 buah saja lagi and the novel is No. 1 MPH Weekly Best Seller for fiction category...gitu.
So, tengah hari tadi aku sempat luangkan masa rehat di library untuk membaca novel Breathe ni. Kebetulan aku ada visit pagi ni. Masa round dalam library tadi ternampak pulak spot baik untuk aku baca novel ni secara santai. Haa...yes, novel ni memang nampak biasa je jalan cerita dia tapi sangat menarik.

By the way, aku tak habis baca lagi. Ye la, rehat pun sejam je. Sempat baca sampai chapter 3, itu pun aku dah tersengih gelak baca certain parts yang kelakar dalam novel ni. Maka, akan aku teruskan pembacaan malam ni juga. Hehehe

#NovelBreathe ni aku syorkan korang baca. Banyak info dan pengajaran korang boleh dapat tau..nantilah, dah selesai baca..aku share dengan korang lagi ya.

Okay...till we meet again
Read more ...

Wednesday, July 12, 2017

Harga Petrol Mingguan

Assalamualaikum...

Saja nak share berkenaan harga petrol mingguan bagi tempoh 13 hingga 19 Julai 2017.

Kredit kepada Bernama
Sumber : SINI

Okay...till we meet again
Read more ...

Wordless Wednesday : Kisah 25 Nabi Dan Rasul

Assalamualaikum...

Wordless Wednesday untuk hari ini.


Wallahualam
Read more ...