Tuesday, September 27, 2011

SPACE BIG STAR A.K.A. Heenim & Kisah Army

Korang pernah x jumpa army hensem dan cantik macam ni? Sumpah aku slalu jumpa army muka ala2 serious pastu cam xde feeling je.. kalo ada pun dalam drama ke filem sebab dorang amik pelakon jadi army.

Ni muka dia tengah pakai topi army, jadi xnampak la comelnya muka dia.
Camni, dari tepi je dah nampak hensem..siap dengan kulit yang tersangat la putih. Aku rasa cam xcaya je Heenim dah masuk army walaupun dah sebulan dia kat basic army camp kat Nonsan ni haa.
Pejam celik dah nak masuk 4 minggu dia masuk jalani training kat situ. Lagi seminggu cukup la 4 minggu basic training. Pasni dah boleh kuar kem.

Dok terfikir pasni dia akan berkhidmat kat mana ek? Ye la sebab dia bukan jenis army yang cam Kangin tu.
Terbayang plak dia keje kat train station ke..hahha

Tapi yang paling xsabar ialah nak tunggu dia update twitter dia. Rindu giler kat dia punya twitter update.

HEENIM OPPA...BOGOSHIPPO..

Cepat la 2 tahun berlalu..sebab xsabar nak jumpa Heenim balik. Time tu mesti dia bertambah cool beb.

Thanks to KATC Daum Blog sebab korang baik hati sangat selalu bagi update sal Heechul kesayangan kami ni. Jasa korang sangat dihargai dan secara x langsung blog korang pun jadi popular sebab ramai visitor.

Aku pun ketinggalan leave comment kat blog korang tau. TAHNIAH YE.. nanti bila Heenim oppa kluar camp jangan lupa update gambar banyak2 ye
Read more ...

Sunday, September 25, 2011

Apa perasaan kau orang bila diri dilupakan? Sedih? Gembira? Terkilan? atau....??

Ini perasaan yang aku alami sekarang. Terasa diri ini dilupakan oleh insan2 yang telah dikenali selama bertahun.
Kadang terfikir, mungkinkah salah diri aku sendiri yang jarang bertanya khabar? Atau kerana standard dah berbeza?

Bila fikir kembali, message yang aku bagi pun dorang xreply. Mungkin dorang lebih selesa dengan teman2 yang ada sekarang dan aku bukan teman terbaik untuk mereka.

Sedih memang sedih. Tapi xmengapa, aku xpernah salahkan mereka.
Mungkin masa yang merubah hati dan fikiran manusia.

Aku akan sentiasa kenang mereka sebagai insan terbaik yang pernah hadir dalam hidup aku.
Selamat berbahagia kepada semua teman2ku. Doa aku sentiasa untuk kalian semua.

Terima kasih kerana telah menjadi teman2 aku suatu ketika dulu. Jika kalian masih ingatkan aku, jangan malu
untuk hubungi aku.

Aku hargai jika kalian mengingati aku walau untuk sesaat.
Read more ...

Friday, September 23, 2011

Apa Kes ni? MAMPU?

Apa kes ni? Website bahasa korea tapi sume update bahasa inggeris.. Huh memang xleh blah tol. Hahhaa
Ni la akibatnya kalo dah suka korea wei. Nak wat camane kan. Redha je la.

ACTUALLY aku buat sume account2 ni bukan sebab aku memang nak sangat akan tetapi, in order for to get more close to Super Junior, aku pun buat la account2 ni.

Mula2 rasa cam bebal gak kepala ni nak faham bahasa website tapi bila fikir, sume website base sama je, trus senang je nak sign up account. Siap buat untuk kembar lagi.. MAMPU?
Ni akaun me2day.net [korea twitter version] tujuan asal buat akaun ni sebab SJ Shindong start guna akaun. Harus la aku pun join together gether nak sign up skali kan?

Kisahnya aku sign up akaun yozm.daum.net ni secara xsengaja masa explore blog daum Korean Army Training Center [KATC]. Entah apa benda button aku tekan trus je sign up benda ni. Tapi kira ok la kan..at least aku dapat gak komen2 kat entry KATC tu

Ni la blog KATC yang aku visit. Motip; sebab dorang update sal Heechul.

Ni la akaun me2day SJ Shindong
Ni lak me2day SJ Sungmin

Yang ni plak daum cafe Super Junior. Harus la join skali


Tengok mamat yang mengintai tu. Comelkan?
Read more ...

Do We Look Alike?

Hi semua...

Sorry lama xupdate sebab busy.
Kali ni nk citer sal muka. Sama x? sama x?
Yang berbaju biru fesyen vietnam tu namanya Julie, practical student kat unit aku.
Kisahnya, ramai yang cakap muka kami ni serupa.. ek????
Hmm..betul ke? entah la..

Bila aku ngan Julie jalan 2 org je mesti orang tanya, "Adik Anim ya?"
Mulanya aku nafikan sebab memang la dia bukan adik kandung aku kan?
Tapi dah lama2 aku ye kan aja.. MAMPU? Hahaha

Kata orang tang mata yang ala2 sama... aku pun rasa camtu kot..sebab jenis mata xbrapa nak besar.
Cuma beza aku ngan Julie sebab aku bertudung, Julie free hair.

Korang rasa sama x?
Read more ...

Saturday, September 10, 2011

Kad Raya Oh! Kad Raya Ver 3


Haa, kisah sal kad raya lagi, last version k?
Tahun ni korang dapat berapa kad raya? Well, tahun ni aku rasa ada peningkatan rasanya.
Ada la dalam 4-5 kad raya aku dapat tahun  ni. Alhamdulillah ada lagi member yang ingat kat aku. Ye la orang zaman skang ni prefer sms dari kad raya kan...me too actually. 
Just nak share betapa istimewanya kad-kad yang aku terima tahun ni. 

2 drpdnya ialah daripada E.L.F. chingu (sahabat). Kenapa istimewa? Sebab, mana pernah aku terima kad raya ada gambar lelaki korea dalam kad tu...first time ever tau. Memang cute giler kad-kad ni. Thanks to Linda & Yanie yang sudi beri kad raya pada saya ye.

Gambar kat atas ni kad raya daripada Linda. Kalo tengok cover memang sweet tapi lagi sweet bila tgk kat dalam sebab deco yang sangat cantik. Memang menyentuh hati tol.

Yang ni plak, sangat istimewa sbb siap letak gambar besar bias aku ngan kembar. Gambar Hyukjae yang cam tengah geram tu cam ok je..comel
Yang ni daripada Yanie, thanks ya.

Cuba tengok tulisan pada kad raya ni.. cantik x? 
Macam tulisan orang perempuan kan? Tapi ni tulisan adik lelaki kesayangan aku, Hakimi.
Terharu baca apa yang Kimi tulis untuk aku. Kimi ni memang antara adik kesayangan aku sebab budak ni baik sangat. Kimi, thanks ya. Mak akak pun puji tulisan Kimi cantik sangat.

Haa, yang ni official kad raya daripada MATRADE, tempat keje aku. Dapat 15 kpg tiap sorang ikut gred la. Simple je design kad tahun tapi nampak cam international la kot? ehehe


Last but not least, ini kad raya tercomel yang aku terima daripada akak cantik n sweet yang bernama seperti  yang tertera di atas kad raya tu. Kak Nur sent kad ni hari jumaat sebelum raya tapi time tu aku dah balik sebab demam. Apa2 pun thanks to Kak Nur sebab sent kad raya yang tersangat la comelnye. 

Sebenarnya lepas raya hari tu aku ada terima kad raya Kak Gee dari MATRADE Johor, tp xsempat nak amik gambar sebab tertinggal kat opis. Tetap dihargai.
Read more ...

Kad Raya Oh! Kad Raya - Ver 2

Salam semua, sorry lama sangat x update blog ni. Busy sangat sebab raya hari tu n busy update fan blog lagi, tumblr malaysianelf lagi. So, even this is so late tp tetap nk update gak.

Kisah kad raya dulu ya sebelum share sal story Hari Raya hari tu.

Ingat x aku cakap sal kad raya unit yang aku kena create tu? Haa, Alhamdulillah, akhirnya dpt gak idea nk buat walaupun xbnyk idea sgt. Konsep ala2 tahun lepas cuma kali ni tukar warna hijau lak. 
Kisahnya, gambar org unit pun amik hari yg aku create kad raya tu. Total 2 hari gak la nak siapkan kad raya ni sebab aku buat separuh separuh memandangkan keje banyak sangat kat opis tu.
So, ni la hasilnya
Tapi yang aku email ke semua warga MATRADE adalah gambar yang ada letak nama. This one is the original version.
Walaupun simple tetapi aku tetap puas hati sebab ada orang puji gambar ni cantik. Hehehe
Read more ...