Monday, March 31, 2014

Weekend Yang Mengecewakan Oleh TGV Sunway Pyramid

Assalamualaikum...

Semalam aku, kembar dan seorang lagi rakan kami, Rina ke Sunway Pyramid. Hasrat dan tujuan asal kami ke sana ialah untuk menonton tayangan filem Super Show 4 In Seoul 3D. Memang excited jugalah kami sebenarnya. 

Sampai je di Sunway, kami terus ke TGV dan bertanya kepada petugas kaunter mengenai tayangan filem tersebut. Agak musykil bila lihat dalam schedule di screen takde pulak. Tapi petugas kaunter tu cakap, pukul 5.30pm terus je kaunter masuk wayang tu. Okay, kami pun takdelah rasa musykil lagi since dia tak cakap yang tayangan dibatalkan.

Tepat 520pm kami dah ada di TGV Sunway Pyramid TAPI kami sekali lagi musykil sebab hall 7 tu, lampu tak menyala pun. So, kami pun bertanyalah kepada petugas kaunter masuk tu dan jawapan yang kami terima amatlah mengecewakan. Tayangan pada hari Ahad 30 Mac 2014 telah pun dibatalkan. Huh...kembar aku dah angin. Bukan kami bertiga je tapi ada dua orang pembeli pun kena macam kami. Kami tanyalah kenapa takde notification bagitau yang tayangan dibatalkan.


Ye la, nak marah petugas kaunter tu tak boleh sebab dia pun tak tau apa-apa kan. Cumanya ada satu jawapan dia yang paling aku tak berapa suka bila dia kata alasannya sebab company fight untuk tayang Captain America. What the hell is going on? SS4 In Seoul tu 3D, padahal Hall 7 tu pun tak guna pun. Adoiii laa...

Dia bagi kami form untuk complain dan aku dengan selamba je tulis dalam form tu, "Please refund my money". Hehehe. RM82 tau untuk 3 tiket. Bukannya sikit. So, dia cakap dalam tempoh 2 minggu akan ada jawapan. Aku senang je, 2 minggu aku tak dapat refund duit aku, ke Tribunal Tuntutan Pengguna aku adukan. SO, TGV Sunway Pyramid, silalah ambil perhatian ya.

Sekian
Read more ...

Demam Lagi

Assalamualaikum...
Image: Google
Selamat petang semua. Maaf blog berhabuk beberapa hari. Sebenarnya hari jumaat hari tu dah tak sihat. So, sampai je rumah tidur sangatlah awal. Memang takde buka komputer langsung. Hari sabtu pulak temankan kakak pergi ke rumah adik arwah abah, berkaitan dengan kerja kahwin kakak aku.

Hari Ahad pulak dalam tak larat tu keluar dengan kembar dan seorang rakan ke Sunway Pyramid. Ada hal sikit. So, balik malam tadi dah rasa macam nak demam. Tekak dan kepala dah sakit. Bangun je awal pagi dah rasa badan ni panas semacam dengan tekak, kepala dan badan dah sakit-sakit. Memang tak larat nak pergi kerja. 

Makanya hari ni cuti tetiba. Sehingga sekarang ni masih tak sihat lagi tapi rindu nak menaip. SO, buka blog kejap. Korang macam mana? Sihat ke? Semoga semuanya sihat belaka ya.

Okay...till we meet again
Read more ...

Sunday, March 30, 2014

The 2nd International Sustainable Energy Summit 2014

Assalamualaikum…

Minggu lepas aku ada update yang aku akan menghadiri The 2nd International Sustainable Energy Summit (ISES) 2014. Ala..kat entri INI. SO, macam yang ada di antara korang yang nak aku share pasal conference ni, jom baca entri ni.

Aku pergi bersama dengan Sally Samsaiman dan juga beberapa orang blogger turut hadir. Kami pergi atas kapasiti blogger gitu. Bertempat di Sunway Resort Hotel & Spa, Petaling Jaya, Selangor. Conference ni diadakan selama dua hari iaitu pada 18 & 19 Mac 2014. Tak sangka aku akan hadir program macam ni.

First day conference, aku tiba seawal pukul 745am dan sempat berjumpa dengan secretariat penganjur conference ni, Pn Fearzatul daripada SEDA Malaysia. Lepas register nama dan diberi kit kursus, aku makan dulu sambil2 tunggu Sally sampai.

Persidangan ini dimulakan dengan KSU Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA), Datuk Loo Took Gee yang menyampai perkongsian mengenai komitmen kerajaan Malaysia berkenaan dengan framework dan polisi Tenaga Lestari. Kemudian diikuti pula dengan CEO SEDA Malaysia, Y.Bhg Datin Badriyah Abdul Malek yang menyampaikan update berkenaan Feed-in Tariff (FiT).

Ramai speaker yang berpengalaman luas dalam bidang masing-masing terutama yang berkaitan tenaga boleh baharu ni telah dijemput untuk menyampaikan perkongsian maklumat. Sesi perkongsian ini telah dibahagikan kepada 5 sesi dimana 3 sesi dijalan pada hari pertama dan kedua persidangan manakala 2 sesi berbaki telah dijalan secara serentak pada petang hari kedua dimana peserta diberi pilihan untuk mengikuti salah satu sesi yang dijalankan.

Serba sedikit mengenai persidangan ini, apa yang aku dan peserta lain dapat ialah maklumat perkembangan terkini mengenai tenaga lestari berkenaan dasar dan polisi, bagaimana agensi berkaitan diluar negara berusaha untuk memajukan tenaga lestari ini dinegara mereka. Selain itu, dalam usaha untuk memperluaskan lagi pemanfaatan tenaga lestari di negara kita, bagaimana bantuan kewangan yang diberikan dan apa diperlukan dalam usaha untuk mendapatkan bantuan pembiayaan bagi syarikat-syarikat yang berkaitan.

Menariknya juga, pada dua sesi yang berlangsung secara serentak tu, aku ikuti sesi berkaitan solar photovoltaic memandangkan aku lebih berminat ke arah itu. Kami diberi pendedahan yang lebih mendalam mengenai perkembangan industry solar pv dan masa depan solar pv bagi tahun 2014 dan tahun-tahun berikutnya, bagaimana amalan terbaik dalam pengaplikasiannya.

Sedikit perkongsian mengenai penganjuran ISES 2014 ini, ia dianjurkan oleh Sustainable Energy Development Authority (SEDA) Malaysia yang ditubuhkan dibawah Sustainable Energy Development Authority Act 2011 [Act 726]. SEDA Malaysia beperanan sebagai untuk pentadbir dan penyelaras pelaksanaan mekanisme Feed-in Tariff (FiT) di bawah Akta Tenaga Boleh Baharu yang telah diluluskan pada April 2011. Program Feed-in Tariff Malaysia mewajibkan 'Distribution Licensees (DLs)' seperti TNB, NUR Distribution Sdn. Bhd. dan SESB untuk membeli elektrik yang dihasilkan daripada sumber Tenaga Boleh Baharu daripada pengeluar tenaga boleh baharu dan menetapkan kadar FiT. DLs akan membayar tenaga boleh baharu yang dibekalkan kepada grid elektrik untuk tempoh tertentu. Dengan jaminan akses grid dan penetapan harga bagi setiap unit tenaga boleh baharu, mekanisme FiT akan memastikan tenaga boleh baharu mampu berdaya saing dan memberi pelaburan jangka panjang untuk syarikat industri dan juga individu.

Kabinet juga pada dasarnya bersetuju dengan surcaj 2% ke atas bil elektrik pengguna tetapi hanya 1% pertama yang digazetkan dan dipungut daripada pengguna. Surcaj 1% ini dikenakan ke atas semua pengguna domestik hanya apabila penggunaan elektrik melebihi 300kWj atau bil elektrik yang melebih RM77 sebulan. Wang tersebut akan disalurkan kepada Kumpulan Wang Tenaga Boleh Baharu (KWTBB) yang ditadbir oleh SEDA Malaysia dimana dana itu akan digunakan untuk tujuan promosi dan pembangunan projek dan inisiatif berhubung Tenaga Boleh Baharu. Walau bagaimana pun, bermula Januari 2014, surcaj 1% tersebut telah dinaikkan kepada 1.6% sejajar dengan peningkatan tariff elektrik yang diumumkan pada tahun lepas. Maklumat lanjut mengenai SEDA Malaysia dan kenaikan tariff ini juga boleh diperoleh melalui www.seda.gov.my

*Gambar akan dikongsi dilampirkan didalam entri

Read more ...

Saturday, March 29, 2014

Langkah-langkah Memohon Quota Feed-in Tariff (FiT)

Assalamualaikum…

Kalau korang pernah baca entri aku yang sebelum ini berkenaan dengan Feed-in Tariff (FiT), aku ada explain serba sedikit mengenai apakah itu Feed-in Tariff dan apakah jenis-jenis renewable energy (RE) yang boleh diaplikasikan dalam program FiT. 

Feed-in Tariff (FiT) Malaysia ialah suatu mekanisme dimana 'Distribution Licensees (DLs)' iaitu Tenaga Nasional Berhad (TNB) bagi semenanjung Malaysia, NUR Distribution Sdn. Bhd. Bagai kawasan Kulim Hi-Tech Park dan Sabah Electricity Sdn. Bhd. (SESB) bagi Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan akan membeli elektrik yang dijana daripada tenaga boleh baharu iaitu Solar PV mengikut kadar FiT yang telah ditetapkan kepada grid elektrik untuk tempoh tertentu. Berkuatkuasa pada 1 September 2011, FiT ini juga bertujuan untuk mempromosi pembangunan Tenaga Boleh Baharu (RE) di Malaysia.

Surcaj 1% dikenakan ke atas semua pengguna domestik apabila penggunaan elektrik melebihi 300kWj bersamaan dengan bil elektrik yang melebih RM77 sebulan. Wang tersebut akan disalurkan kepada Kumpulan Wang Tenaga Boleh Baharu (KWTBB) yang ditadbir oleh SEDA Malaysia dimana dana itu akan digunakan untuk tujuan promosi dan pembangunan projek dan inisiatif berhubung Tenaga Boleh Baharu. Walau bagaimana pun, bermula 1 Januari 2014, surcaj 1% tersebut telah dinaikkan kepada 1.6% sejajar dengan peningkatan tariff elektrik yang diumumkan pada tahun lepas. 

Jadinya, bagaimana pula mereka yang berminat dan ingin menyertai program FiT ini? Dan bagaimana untuk memohon menjadi Feed-in Approved Holder (FIAH) ini? Haa..kat bawah ni ada aku share step by step berkenaan apa yang perlu dilakukan untuk memohon.





 Dah faham? Apa yang penting, kuota masih ada dan sumber kewangan untukinstall solar PV tu ada. Tapi sekarang ni dah ada beberapa bank yang boleh bagi pembiayaan untuk memasang solar PV tu contohnya Bank Muamalat, Affin Bank dan Alliance Bank. Maklumlah, nak install pun bukan sikitkan duit yang hendak dikeluarkan. Oh ya, dokumen yang diperlukan pun mestilah lengkap ya. Nanti tak diluluskan pulak permohonan tu. 

Harapnya korang boleh faham apa yang aku cuba sampaikan ni ya. Kalau korang hendak lebih maklumat lanjut dan ketahui service provider yang berdaftar dengan SEDA Malaysia, boleh layari laman web SEDA Malaysia dipautan www.seda.gov.my.

Okay…till we meet again
Read more ...

Friday, March 28, 2014

Online Photo Sharing

Assalamualaikum...
Image: google
Hari ini aku nak share laman online photo sharing yang menjadi kegemaran aku kalau nak upload gambar dalam blog. Aku sebenarnya kurang gemar direct upload gambar ke dalam blog ini. Kenapa? Sebab memang aku tak suka. Hihihi

Memandangkan sebelum ini aku merupakan fan blogger yang mana kerja aku hari-hari adalah update perkembangan terbaru Super Junior. So, kebanyakkannya adalah gambar-gambar yang perlu dimuat naik ke dalam blog. Maklumlah, Super Junior kan penyanyi, jadi memang banyak gambar-gambar mereka membuat persembahan dan juga program tv yang mereka jayakan.

Disebabkan itulah aku menggunakan online photo sharing sebagai medium untuk aku share gambar. Memang nampak banyak kerja, sebab kena upload dulu kat website lain pastu baru masuk dalam blog, TAPI itu lebih selamat dan lebih jimat ruang untuk aku. 

Beberapa laman web online photo sharing yang menjadi kegemaran aku adalah seperti imageshack, photobucket, imgur, flickr dan juga keepandshare. Memang banyak akaun yang aku buat. Gambar-gambar yang aku upload pun bukan sikit, mencecah ribuan. Hehehe. 

Tapi semenjak aku aktif dengan personal blog ini, aku hanya menggunakan dua daripada laman web yang aku nyatakan di atas. Kalau tak sempat baru aku direct upload ke blog. Itu cara aku share gambar dalam blog, korang pulak macam mana?

OKay....till meet again
Read more ...

Cekap Tenaga Amalan Kita

Assalamualaikum...
Ewah, kemain tajuk tu kan. Dah macam kempen TNB je lagaknya. Haha..apa-apa je lah asalkan niat dan tujuan asal nak berkongsi ilmu kesampaian. Gitu..

Tahukah kalian semua bahawa kita dapat mengurangkan sehingga 10% penggunaan elektrik tanpa menjejaskan keselesaan hidup kita? Bagaimanakah caranya? Pastinya bila kita mengamalkan amalan cekap tenaga. Di dalam entri hujung tahun lepas, (boleh rujuk entri INI), aku pernah explain apakah itu Kecekapan Tenaga. Secara ringkasnya, kecekapan tenaga ialah dimana kita menggunakan tenaga elektrik yang kurang untuk menyempurnakan kerja yang sama di rumah atau di tempat kerja.

Dalam usaha untuk mengamalkan kecekapan tenaga ni, ada beberapa perkara yang korang perlu ambil tahu dan fahami seperti berikut:
- Berapakah Kos Penggunaan Peralatan Elektrik
Ini merupakan perkara yang sangat penting kerana penggunaan elektrik di sesebuah rumah sangat bergantung kepada saiz keluarga, gaya hidup, bilangan serta mutu peralatan elektrik dan juga tempoh penggunaannya. Bagi mengira anggaran kos elektrik ada 3 perkara yang perlu diambil kira sebagai faktor utama iaitu kuasa dan kecekapan tenaga sesuatu peralatan elektrik, bilangan jam penggunaan elektrik dalam sehari dan kadar tariff per kWj bagi bekalan elektrik. Once korang tau akan tiga perkara ni, In Shaa Allah korang dah boleh dapat idea tentang pola atau corak penggunaan tenaga elektrik seharian.

- Formula Penentuan Kos Penggunaan Peralatan Elektrik
Kalau kalian ni sangat particular dengan jumlah tenaga elektrik yang digunakan terutama yang melibatkan perkakas elektrik kat rumah tu, mengetahui formula untuk mengira kos penggunaan peralatan elektrik boleh membantu kalian memantau jumlah penggunaan tenaga elektrik dalam sehari, seminggu malah sebulan. Kat bawah ni ada aku share formula untuk mengira kos penggunaan peralatan elektrik sebagai panduan korang.
Formula ni korang boleh guna untuk kira kos penggunaan peralatan elektrik seperti mesih basuh, peti ais dan macam-macam lagi.

Bagi mengurangkan bil elektrik bulanan, kalian perlu menganalisa penggunaan elektrik dan kenal pasti setiap peralatan elektrik yang boleh dikawal atau digunakan dengan cekap tenaga. Biasanya, peralatan elektrik yang cekap tenaga ni memang harganya agak mahal sedikit tapi sebenarnya dapat menjimatkan hayat pengunaannya bak kata pepatah kalah membeli menang memakai. Peralatan cekap tenaga ni sebenarnya boleh dikenal melalui label tenaga sepert dibawah ni.

Di Malaysia, label tenaga ini telah digunakan untuk peti sejuk sejak tahun 2005 dimana skim pelabelan ini dilaksanakan di bawah seliaan Suruhanjaya Tenaga dengan kerjasama SIRIM. 

Kenapa kita perlu peka dengan label tenaga ni bila hendak beli perkakas atau peralatan elektrik ni? Begini, kalau kita main hentam je beli tanpa selidik prestasi sesuatu barang tu, bukankah kita mengambil risiko bila hendak menggunakannya. Manalah tahu kalau salah beli, kang ada pulak yang bil elektrik terover sesangat. Kalau korang perasan dalam bil elektrik yang baru ni, kalau ya…kalau bil elektrik korang mencecah atau lebih RM77 atau 300kW penggunaannya, akan ada surcaj 1.6% yang dikenakan. Caj ini akan disumbangkan kepada Kumpulan Wang Tenaga Boleh Baharu (KWTBB) yang diselia oleh Sustainable Energy Development Authority (SEDA) Malaysia yang berperanan untuk mentadbir dan menyelaras pelaksanaan mekanisme Feed- in Tariff (FiT) di bawah Akta Tenaga Boleh Baharu yang telah diluluskan pada April 2011. KWTBB berfungsi sebagai sokongan kepada program promosi dan pembangunan projek dan inisiatif berhubung Tenaga Boleh Baharu. 

Kalau korang nak maklumat lanjut mengenai FiT dan juga mengenai KWTBB ni, korang boleh layari laman web SEDA Malaysia di www.seda.gov.my

So, itulah serba sedikit tips yang boleh aku share dengan korang untuk amalan cekap tenaga. For the next entry, aku share sikit antara peralatan elektrik yang boleh digunakan dengan berhemah.

Okay…till we meet again.
Read more ...

Photo Booth Lagi?

Assalamualaikum...

Apa? Photo booth lagi? Alhamdulillah, nampaknya usaha aku dan rakan-rakan buat projek photo booth ada yang suka. Walaupun simple, tapi kakak aku berkenan. Katanya, majlis perkahwinan dia nanti, kalau boleh dia nak aku buatkan photo booth juga. Haaa.....

Macam best kerja kahwin kaknyah aku ni nanti. So, aku kena start plan dari sekarang konsep photo booth untuk majlis nanti. Dalam kepala aku dah ada beberapa idea dah. Cumanya kali ini aku akan buat bersendirian sebab ni melibatkan kaknyah aku. Tinggi-tinggi pun aku minta cik kembar tolong..aci tak? hehehe

Agak-agak macam mana la rupa photo booth aku kali ini ya. Korang ada idea nak sumbangkan?

Okay...till meet again
Read more ...

Thursday, March 27, 2014

Coretan Hari Ini

Assalamualaikum...
Image: Google
Since semalam rasa tak sihat sangat. Dari pagi dah keletihan dan bila sampai je kat rumah, terus tertidur. Letih, dah lama tak rasa macam ni since few weeks ago. Hari ini, bermula agak okay tapi sekali lagi rasa tak sihat tu datang balik. Nyaris tak jatuh pitam sebab kepala dah rasa melayang-layang. Boleh nampak dipandangan semuanya berpusing-pusing perlahan. Allah, janganlah aku jatuh tengah-tengah orang ramai ni. Mujur sempat duduk. Terus halakan kepala ke atas meja. Biarlah orang kata aku tidur, asalkan rasa tak selesa tu cepat lega. 

Allah masih bagi kekuatan untuk aku hari ini. Masih beri kekuatan untuk aku teruskan kehidupan yang semakin mencabar ini. Alhamdulillah. Semoga terus dikekalkan dengan kekuatan itu, In Shaa Allah. 

Wallahualam
Read more ...

Langkah Penjimatan Tenaga Elektrik

Assalamualaikum…

Hari ni aku nak share dengan korang tip-tip berguna untuk menjimatkan bil elektrik bulanan. Maklumlah, sekarang ni kita kena amalkan kecekapan tenaga. Jadi disamping menjadi pengguna yang berhemah dapat juga jimat duit belanja bulanan? Kan? Kan?

Dah…jom tengok apa tips yang aku nak share ni.
image: Google

1- Padamkan lampu diruang yang tidak digunakan
2- Meletakkan computer peribadi ke ‘sleep mode’ apabila tidak digunakan. Nak lagi jimat, shut down terus laptop atau computer tu dan jangan lupa tanggalkan sekali soket tu untuk lebih menjamin keselamatan dan penjimatan tenaga elektrik
3- Gunakan peralatan elektrik mengikut keperluan.
4- Kalau rumah yang ada air-cond tu, pastikan tingkap dan pintu sentiasa tertutup rapat bagi memastikan tiada aliran udara sejuk daripada penghawa dingin tu keluar. Lagi bagus kalau korang pasang kipas pada aras paling perlahan untuk pengudaraan yang bagus.
5- Pastikan semua peralatan elektrik dimatikan dan plug tersebut dicabut sebelum meninggalkan rumah atau pejabat. Ini wajib buat sebab kalau terlupa takut berlaku litar pintas.
6- Kalau boleh gunakan lampu cekap tenaga. Harga agak mahal tapi dari segi kecekapan penggunaannya memang bagus. Tahan lama dan jimat duit.
Image: Google
7- Macam yang pernah aku cakap kat entri sebelum ini, gunakan peralatan elektrik yang berlabel ‘5 bintang’ maksudnya ada label tenaga ( bagi contoh label tersebut)
8- Suhu pada air-cond ditetapkan tidak kurang daripada 24Âșc. Kalau pejabat kerajaan, arahan ini telah bermula sejak tahun lepas lagi.
9- Kalau boleh, gosok pakaian sebanyak mungkin dalam satu-satu masa. Jimat elektrik sebenarnya. Janganlah berulang kali dalam sehari. Bazir elektrik je.

Kalau korang cuba amalkan tips berguna ni, In Shaa Allah, dapat kurangkan penggunaan elektrik seterusnya menggurangkan bil elektrik. Disamping itu dapat mengelakkan pembaziran tenaga elektrik dan seterusnya menyebabkan bil melambung tinggi.

Sekadar perkongsian dengan korang, surcaj 1.6% dikenakan bagi semua pengguna domestik yang penggunaan elektrik melebihi 300kWj atau bil elektrik melebihi RM77 sebulan, bagi pengguna semenanjung. Manakala bagi pengguna di Sabah adalah bil elektrik yang melebihi RM69 sebulan iaitu 300kWj. Namun begitu, surcaj adalah sama bagi industri tidak kira kurang atau bnyaknya penggunaan Kutipan 1.6% ini akan disalurkan kepada Kumpulan Wang Tenaga Boleh Baharu (KWTBB) yang ditadbir oleh SEDA Malaysia dimana dana itu akan digunakan untuk tujuan promosi dan pembangunan projek dan inisiatif berhubung Tenaga Boleh Baharu. Sustainable Energy Development Authority (SEDA) Malaysia ditubuhkan dibawah Sustainable Energy Development Authority Act 2011 [Act 726]. Berperanan sebagai untuk pentadbir dan penyelaras pelaksanaan mekanisme Feed-in Tariff (FiT) di bawah Akta Tenaga Boleh Baharu yang telah diluluskan pada April 2011. Program Feed-in Tariff Malaysia mewajibkan 'Distribution Licensees (DLs)' seperti TNB, NUR Distribution Sdn. Bhd. dan SESB untuk membeli elektrik yang dihasilkan daripada sumber Tenaga Boleh Baharu daripada pengeluar tenaga boleh baharu dan menetapkan kadar FiT. DLs akan membayar tenaga boleh baharu yang dibekalkan kepada grid elektrik untuk tempoh tertentu. Dengan jaminan akses grid dan penetapan harga bagi setiap unit tenaga boleh baharu, mekanisme FiT akan memastikan tenaga boleh baharu mampu berdaya saing dan memberi pelaburan jangka panjang untuk syarikat industri dan juga individu.

Maklumat lanjut mengenai SEDA Malaysia dan berhubung surcaj 1.6% ini juga boleh diperoleh melalui www.seda.gov.my .

Okay…till we meet again
Read more ...

Tuesday, March 25, 2014

Doa

salamualaikum...
Image; Tumblr
Doa itu satu pengharapan kepada Tuhan yang Maha Mendengar. Dimulakan dengan Bismillah yang bermaksud, Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang. Tiada yang mampu mendengar segala rintihan hati insan melainkan Allah SWT. Doa itu tanda kita mengakui kebesaran dan kekuasaan Allah kerana segala kejadian yang berlaku adalah di atas izinNYA. 

Oleh itu, jangan pernah putus berdoa kepada Allah. Jangan pernah putus berharap kerana Allah suka kepada hambaNYA yang sentiasa mengadu kepadaNYA. Semoga doa kita akan dimakbulkan dengan kehendak dan izinNYA. 

Wallahualam. 
Read more ...

Debaran Hari Esok

Assalamualaikum...
Image: Google
Hari ini mungkin sudah tahu apa permulaannya,
Tapi hari esok masih belum pasti bagaimana
Hari ini mungkin sudah dijangka apa kesudahannya
Tapi hari esok masih belum tentu lagi

Hari ini mungkin ada khabar gembira yang diterima
Tapi hari esok mungkin bertukar duka
Hari ini mungkin ada sedikit kesenangan
Tapi hari esok mungkin ada sedikit kesukaran
Hari ini mungkin masih bernafas
Tapi hari esok belum ada kepastian lagi

Apa pun kemungkinannya, Jangan pernah putus berdoa
Apa pun kemungkinannya, Jangan pernah berhenti berharap
Apa pun kemungkinannya, Segalanya Ketentuan ALLAH SWT
YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG

AINIM RASHIHAH
25.03.2014
Read more ...

Monday, March 24, 2014

#MH370...Jawapan Segala Penantian

Assalamualaikum..
Rata-rata dikalangan kita sudah mengetahui akan jawapan kepada misteri kehilangan #MH370. Setelah 17 hari hilang tanpa khabar berita. Setelah kita ternanti-nanti jawapannya, malam ini mungkin sudah terjawab. Segala persoalan yang timbul mungkin inilah jawapannya. Sila klik gambar untuk 'clear view'.

Tiada apa yang mampu diucapkan dengan kata-kata. Hiba hati ini, perit lagi hati ahli keluarga penumpang dan krew #MH370. Ya Allah, dugaan ini mungkin terlalu berat buat ahli keluarga penumpang dan krew MH370, akan tetapi Ya Allah, tiadalah kau bebankan dugaan itu melainkan mereka kuat untuk menghadapinya. Kuatkan iman mereka, kuatkan semangat mereka.

Semoga kotak hitam #MH370 akan dijumpai oleh pasukan keselamatan Malaysia dan bukan daripada mana-mana negara. Semoga segala kekusutan dan misteri akan terlerai. Walau hati ini kuat mempercayai bahawa ada sesuatu yang disembunyikan disebalik kehilangan ini, namun kita berserah segalanya kepada kekuasaan Allah SWT. 

Hanya Allah SWT Yang Maha Mengetahui setiap sesuatu yang tersirat. Segalanya masih dalam rahsia Allah, hanya menunggu masa untuk dileraikan. Bila masa dan tikanya? HANYA ALLAH SWT YANG MENENTUKAN.

Sama-sama kita doakan agar kesejahteraan kesemua penumpang, krew, dan ahli keluarga #MH370.

AL-FATIHAH
Read more ...

Press Conference MH370 Pukul 10 Malam Ini

Assalamualaikum...
image: Google
Baru je nak buka blog, sekali tengok kat bawah screen televisyen tu ada pemberitahuan Sidang akhbar MH370 oleh Perdana Menteri Malaysia, Dato' Seri Najib Razak. Hmm, macam dah lama je takde sidang akhbar waktu malam-malam ni. Apa pun, kita sama-sama doakan yang terbaik. Semoga ada perkembangan yang positif malam ini.

#PRAYFORMH370

Wallahualam
Read more ...

Alhamdulillah

Assalamualaikum...
Selamat hari isnin semua. Just a simple message from me. 

Sesungguhnya aku bersyukur dengan setiap hela nafas yang Allah benarkan bagi diri ini. Ya, tiada apa yang kita miliki melainkan segalanya hanyalah pinjaman daripada Allah SWT semata waima perasaan gembira, suka, duka, sedih dan kecewa pun semuanya di atas keizinanNYA. Maka, wajib kita bersyukur dengan setiap pemberian Allah kerana setiap daripada kurniaNYA mengandungi hikmah yang tersimpan.

Jom amalkan sifat sentiasa bersyukur. Don't forget to say Alhamdulillah..

Okay...till we meet again
p/s: #notetoself

Read more ...

Friday, March 21, 2014

CPUV oh CPUV

Assalamualaikum...

Nak kata macam mana ya. Nak senyum melebar pun tak boleh sangat tapi agak berpuas hati dan bersyukur sebab setelah sekian lama takde CPUV baru daripada Nuffnang, kini dah nampak balik seksyen CPUV tu ada nyawa kembali.

Kenapa ada nyawa? Sebab bulan ni kali pertama dapat CPUV daripada Nuffnang buat tahun 2014 dannnnnn sekali 5 dia bagi. Haa..dalam takde tu, terus dapat 5 sekali ko. Rezeki namanya itu. Alhamdulillah. Ni sengaja ni nak suruh aku kuatkan semangat aktif dengan menulis ni. Tahu ni saja je nak bagi semangat lebib kat aku ni. Takpe takpe..aku hargai sesangat.

Korang pulak macam mana? 

Oh ya, banyak sesangat yang aku nak share dengan korang cuma masa agak suntuk dan keadaan kesihatan pun tak menentu sekarang ni. Kejap ok kejap tak ok. Bila okay dah banyak pula halnya bila tak sihat kenalah rehatkan diri. Kalau push diri kang jadi lain pulak. Hmm...apa boleh buat.

Baik..aku cuba ya sedaya  yang aku mampu untuk blogging as usual. Doakan kesihatan aku ya kengkawan semua.

Okay...till we meet again
Read more ...

Thursday, March 20, 2014

Bertemu Kawan Baru

Assalamualaikum...
Kata orang, jodoh pertemuan semuanya ditangan Tuhan. Siapa kita untuk menidakkan ketentuan Allah kan? Semasa menghadiri ISES 2014 ni pun aku dapat seorang lagi kawan baru yang cantik manis orangnya. 

Kalau tengok dalam gambar tu yang kat tengah tu la orangnya. Namanya Surayah. Design engineer di sebuah company swasta. Sepanjang dua hari berkursus ni kami asyik bertiga je la ke mana-mana. Hehe.. Terima kasih ya Allah di atas pertemuan ini. 

Okay...till meet again
Read more ...

Mula Bekerja Balik

Assalamualaikum...
Selamat pagi semua. Hari ni masuk ofis balik setelah dua hari berada di Sunway Resort Hotel & Spa kerana menghadiri 2nd International Sustainable Energy Summit 2014 yang dianjurkan oleh SEDA Malaysia.

Selain aku, Sally Samsaiman pun ada dan juga beberapa orang blogger lelaki yang seperti Hafiz Rahim dan Ujang. Best seminar ni. Banyak info baru yang kami peroleh. Nanti aku share dengan korang dalam entri lain ya. 

Baiklah, nanti aku try update lagi entri baru ya. Nak setelkan masalah pc aku yang takleh nak on ni. Adoiiii


Read more ...

Wednesday, March 19, 2014

Wordless Wednesday #1 [ 19.02.2014 ]

Assalamualaikum...

Wordless Wednesday pertama untuk hari ni...
Okay...till we meet again
Read more ...

Tuesday, March 18, 2014

Menghadiri ISES 2014

Assalamualaikum...

Selamat pagi semua. Lamanya tak update blog. Sorry korang, kesihatan sekarang tak menentu, kalau larat memang dapat la update blog, tapi bila tiba masa sakit, memang kena betul-betul berehat. 

Okay, masih ada sesiapa yang ingat entri The International Sustainable Summit (ISES) 2014 yang aku tulis beberapa bulan lepas? Haa..kini tiba masanya aku diberi peluang untuk menghadiri persidangan ini. Pepagi dah bertolak semata-mata nak hadir persidangan ni. Okay...acah je...alasan utama sebab aku tak tahu jalan dan betul-betul berharap pada encik Waze semata. 

Aku tak keseorangan kerana Cik Sally Samsaiman pun ada sekali. Ewah, dua hari ni aku dan Sally akan belajar kekdahnya mengenai Sustainable Energy secara lebih mendalam dengan pakar-pakar industri dari dalam dan luar negara. Hmm..agak-agak masuk otak tak ni? Doakan semoga kami dipermudahkan untuk fahami setiap topik yang dibincangkan ya.

Oh ya, mohon sangat korang jangan terasa kalau aku lambat benor singgah blog korang. Aku masih adjust timing selari dengan keadaan kesihatan aku sekarang. Susah woo...tapi aku cuba juga ya. Korang doakan aku cepat sihat dan kembali pulih seperti sediakala ya.

Okay...till meet again
Read more ...

Thursday, March 13, 2014

Tip Membuat Penukaran Nama Pada Bil Utiliti dan Cukai Pintu

Assalamualaikum...
Hari ini aku ingin berkongsi beberapa tips dengan korang. Tips ni takde kaitan dengan kesihatan ya tapi berkaitan dengan urusan penukaran nama pada bil utiliti dan cukai pintu. Bukan apa, rasanya proses ni selalunya kalau tak prepare dokumen yang betul mau lama masa yang di ambil untuk selesaikan urusan. 

Jom semak tips yang berguna ni.

Tip mengurus masa & persediaan sebelum membuat penukaran nama pada bil utiliti dan cukai pintu.
  • Sebelum pergi ke pejabat yang berkaitan, kaji & semak dulu dokumen apa yang perlu disediakan. Dokumen2 yang perlu ada untuk setiap proses. Kalau boleh telefon dahulu setiap syarikat utiliti tu, tanya prosedur syarikat macam mana supaya tidak tersalah bawa dokumen yang diperlukan.
  • Ambil la cuti sehari pun dah cukup. Ambil cuti hari rabu atau khamis kerana lebih senang dan selesa, jangan ambil isnin atau jumaat, bukan apa takut masa untuk selesaikan tu tak cukup. 
  • Sediakan deposit. Paling tidak dlm RM500.00 untuk bil eletrik dan air.
  • Buat salinan S&P dan juga kad pengenalan dalam 3 salinan. 
  • Bagi urusan di TNB, mungkin kena buat mati setem hasil di pejabat tanah atau di pejabat LHDN. Bagi SYABAS, rasanya tak perlu pun tapi kalau negeri lain tu aku tak sure la pula. Korang boleh call dan tanya pejabat tu sendiri.
  • Pergi lah pejabat majlis bandaran dulu, kemudian, baru pergi TNB @ SYABAS, urusan tu boleh siap satu hari.

Tapi pastikan setiap bil dibayar terlebih dahulu sebelum semua proses tu dibuat. So, keperluan untuk menyemak tu perlu ya supaya cuti yang diambil untuk selesaikan urusan tidak dibazirkan begitu sahaja. 

Bila nak selesaikan urusan berkenaan ni memanglah nampak leceh dan remeh tapi nak buat macam mana, itu prosedur setiap syarikat. Setiap prosedur itu ditetapkan bersesuaian dengan keperluan semasa. 

Haa..agak-agak boleh faham ke tips-tips tu? Harapnya dapat membantu koranglah ya. Manalah tau, kot-kot tetiba ada yang tercari-cari info berkaitan ni.

Okay...till meet again
Read more ...

Wednesday, March 12, 2014

Wordless Wednesday #3 [12.03.2014]

Assalamualaikum...
Wordless Wednesday ketiga untuk hari ini.

Read more ...

Wordless Wednesday #2 [12.03.2014]

Assalamualaiku...
Wordless Wednesday kedua untuk hari ini.

Read more ...

Wordless Wednesday #1 [ 12.03.2014]

Assalamualaikum....
Wordless Wednesday untukn hari ini

Read more ...

Tuesday, March 11, 2014

Cara Nak Hilangkan Sedu

Assalamualaikum...
Image: Google

Korang selalu sedu tak? Kadang-kadang bila kita lepas makan, tak pun rasa penat bila lepas makan, boleh terkena sedu kan? Aku ni pesen selalu juga kena sedu tambahan kalau aku kekenyangan sangat. hihihi. 

So, korang kalau sedu selalunya buat apa? Disini ada beberapa petua atau cara untuk hilangkan sedu yang aku cari kat internet tu. 

  • Tarik lidah anda perlahan-lahan ke hadapan dengan ibu jari dan jari telunjuk
  • Bengkokkan anda leher ke belakang, tahan nafas anda dan kiraan sepuluh. Menghembus nafas dengan segera dan minum segelas air
  • Pegang beg kertas ke muka nafas masuk dan keluar anda. Jangan gunakan beg plastik
  • Perlahan-lahan makan sepotong roti
  • Pantas minum segelas air 
info lanjut ada kat SINI

Itu semua cara yang aku jumpa kat internet tapi kalau ikut cara aku sendiri, aku tahan nafas 30 saat je kalau tetibe sedu. In Shaa Allah, confirm sedu tu hilang terus. Tapi kena bertahan sikitlah ya.

Okay...till meet again
Read more ...

Monday, March 10, 2014

#PRAYFORMH370

Assalamualaikum...

Sehingga kini masih ternanti-nanti apakah khabar mengenai pesawat MH370 yang hilang itu. Tiada kata yang dapat aku ungkapkan. Tiada teori yang dapat difikirkan. Hanya lafaz doa dan pengharapan agar pesawat dan semua yang berada di dalam pesawat akan dijumpai dalam keadaan selamat.

Berat mata memandang, berat lagi bagu yang memikul. Apa yang dipinta, kepada mereka yang diluar sana, berhentilah berkata sesuatu yang sia-sia, berhentilah  berspekulasi yang mengguris jiwa mereka yang terlibat, berhentilah sebarkan sebarang maklumat yang tidak sahih. Biarlah pihak berkuasa melakukan apa yang sepatutnya dilakukan. 

Kita jangan menambah derita dihati mereka. Jangan ditambah tekanan kepada pihak berkuasa yang kini berusaha keras dalam misi mencari dan menyelamat pesawat berkenaan. Kita disini jangan putus berdoa seikhlas hati demi keselamatan dan kesejahteraan mereka yang terlibat.

#PRAYFORMH370

Wallahualam
p/s: ada talian rasmi yang disediakan oleh pihak Google di SINI
Read more ...

Sunday, March 09, 2014

Talian Rasmi Berhubung Penerbangan MAS MH370

Assalamualaikum...
Aku yakin kita semua masih bingung dan tertanya mengenai status insiden penerbangan MH370 yang hilang sejak awal pagi semalam dan sehingga saat ini masih tiada petunjuk dijumpai dalam usaha pencarian ini. 

Aku mungkin agak lewat untuk update mengenai situasi ini namun apa yang aku ingin kongsikan ialah talian rasmi berhubung Malaysia Airlines penerbangan MH370. Seperti yang tertera dalam image di atas yang aku screen cap semasa mencari info terkini mengenai kehilangan pesawat ini, terjumpa pulak maklumat ini.

Tiada kata yang dapat aku ucapkan melainkan doa agar pasukan pencarian diberi petunjuk dari Allah dan seterusnya misi menyelamat dapat dilakukan dengan segera. Semoga ahli keluarga dan sahabat handai mangsa yang terlibat terus kuat dan tabah dalam menghadapi situasi genting ini. 

Wallahualam
Read more ...

Friday, March 07, 2014

Sekadar Nukilan Di Pagi Jumaat

Assalamualaikum...

Apa yang aku share ini sekadar perkongsian daripada laman Instagram sahabat aku. Semoga kita dapat jadikan ia sebagai panduan bersama. 
Indeed true. Aku biasa lakukan begini. Orang yang biadap dan terbiasa baginya mengeluarkan perkataan yang kasar, usah dilayan. Buang masa semata. Kalau mampu dinasihatkan, lakukan dengan cara yang paling berhemah walau tika sabarmu diuji dengan kebiadabannya. 

Ingat, kita hanya manusia biasa, bukan siapa-siapa di atas muka bumi ini.  Kita hidup bukan untuk menongkat bumi kerana kita tak layak pun nak buat begitu. Andai kamu rasa sedih dan sakit hati, jauhkan sahaja dirimu daripada dia. Jangan biarkan sikapnya mempengaruhi dirimu.

Ingatlah hidup ini ibarat putaran roda. Ada masa suka ada masa duka. Kalau hari ini kita buat orang, belum tentu esok kita akan selamat. ALLAH bayar cash sekarang ni. Kalau hari ni kita fitnah orang tanpa usul periksa, tak mustahil fitnah berpalit pada kita semula.

Bukan hukum karma tapi ini hukum agama. Kita tak berhak nak membenci atau berdendam kerana kita bukan penakluk bumi. Kita cuma penumpang dibumi Allah. Jangan sombong dengan kelebihan yang ada kerana itu semua pinjaman semata.

Aku mungkin terlalu banyak kelemahan dan kekhilafan diri. Oleh itu, aku pohon ampun dan maaf daripada kalian sepanjang aku berblog. Mungkin ada kata-kata yang mengguris hati kalian. Maaf yang aku pintakan. Aku tak nak hidup dengan dendam manusia disebabkan kelemahan diri.

Wallahualam
Read more ...

Thursday, March 06, 2014

Tolong Klik Je La

Assalamualaikum...

Dah ramai rasanya sahabat blogger diluar sana yang update pasal CPUV ni. Aku takde nak check pun sebab dah dapat rasa yang tak melekat apa-apa CPUV kat blog ni. 

Lama tau tak dapat CPUV. Aku rasa Nuffnang memang sengaja tak nak bagi kot. Heheh..takpe la, takde rezeki kan. Dapat CPC pun jadilah. Ada la juga income kan? kan? So, sekarang ni bila aku blog walking dan nampak iklan kat blog kengkawan, aku klik je la. Saja nak bagi support kat korang. Mana yang aku nampak aku klik la, kalau tak nampak sorry ya. Burung biru tu aku takde la klik. Buang bateri mouse aku je..hahaha. 

Okay...till meet again
Read more ...

Wednesday, March 05, 2014

Kisah Hidup 25 Nabi dan Rasul

Assalamualaikum...
Oo..sudah lewat malam baru dapat update blog. Maaf ya. Seharian tiada dirumah kerana pulang ke perak atas urusan kecemasan. 

Pulang dari perak, aku dan cik kembar singgah sebentar di Putrajaya Islamic Book Fair yang sedang berlangsung hingga hujung minggu ini. Haa..nanti aku cerita lebih ya.

Saja nak share salah satu buku yang aku dan kembar beli. Kisah hidup 25 Nabi dan Rasul. Menarik sangat. Walaupun kisah hidup para anbiya ni dah dipelajari since sekolah rendah dulu...tak salah rasanya nak baca lagikan. Ada juga faedanya. Jom baca..

Okay...till meet again
Read more ...

Tuesday, March 04, 2014

Putrajaya International Book Fair 2014

Assalamualaikum...

Disini ada satu info yang aku nak share dengan korang. Kalau korang peminat buku, rasanya mesti korang suka. 

Putrajaya International Book Fair 2014 akan berlangsung pada 19 - 23 Mac 2014. Bertempat di PICC, acara selama lima hari ini bertemakan 'A Magical Town of Books'. Haa...bila dia sebut magical tu kan, aku dah bayangkan ala-ala macam magic-magic gitu. Macam best je.

Dengar kata, harga buku pun ditawarkan pada harga yang menarik selain seleksi buku-buku pun pelbagai. Macam-macam yang bakal ditawarkan kepada pengunjung termasuklah peralatan IT, alat tulis dan macam-macam lagi. Weee..tetibe macam best je nak pegi.


Haa..nanti aku share lagi info pasal book fair ni ya. Kalau korang nak info lanjut, ada kat bawah ni.
Okay...till meet again
Read more ...