Wednesday, April 30, 2014

Feed-in Tariff (FiT) Malaysia

Assalamualaikum…

Selamat sejahtera semua. Kalau imbas balik entri-entri aku berkenaan dengan Feed-in Tariff (FiT) Malaysia ni, rasanya banyak juga maklumat yang aku dah share mengenai FiT ini.

Seperti yang korang maklum, Feed-in Tariff (FiT) ini Malaysia ialah suatu mekanisme dimana 'Distribution Licensees (DLs)' iaitu Tenaga Nasional Berhad (TNB) bagi semenanjung Malaysia, NUR Distribution Sdn. Bhd. Bagai kawasan Kulim Hi-Tech Park dan Sabah Electricity Sdn. Bhd. (SESB) bagi Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan akan membeli elektrik yang dijana daripada tenaga boleh baharu mengikut kadar FiT yang telah ditetapkan kepada grid elektrik untuk tempoh tertentu. Berkuatkuasa pada 1 September 2011, FiT ini juga bertujuan untuk mempromosi pembangunan Tenaga Boleh Baharu (RE) di Malaysia.
Image: Google
Kabinet juga pada dasarnya bersetuju dengan surcaj 2% ke atas bil elektrik pengguna tetapi hanya 1% pertama yang digazetkan dan dipungut daripada pengguna. Surcaj 1% ini dikenakan ke atas semua pengguna domestik hanya apabila penggunaan elektrik melebihi 300kWj atau bil elektrik yang melebih RM77 sebulan. Wang tersebut akan disalurkan kepada Kumpulan Wang Tenaga Boleh Baharu (KWTBB) yang ditadbir oleh SEDA Malaysia dimana dana itu akan digunakan untuk tujuan promosi dan pembangunan projek dan inisiatif berhubung Tenaga Boleh Baharu. Walau bagaimana pun, bermula Januari 2014, surcaj 1% tersebut telah dinaikkan kepada 1.6% sejajar dengan peningkatan tariff elektrik yang diumumkan pada tahun lepas.

Bagi tahun 2014, Kuota FiT ini telah diperuntukkan sebanyak 65 MW meliputi biogas, biomass, biomass (solid waste), small hydro, solar photovoltaics (PV) for the individuals, solar PV for the non-individuals, dan satu kategori baru iaitu solar PV komuniti. Selain itu, buat pertama kalinya Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan turut menyertai program Feed-in Tariff dengan pembukaan cawangan SEDA Malaysia di Sabah atau dikenali dengan SEDA LEO SABAH ,sebagai sokongan kepada Renewable Energy Project yang akan dijalankan disana.


Disamping kuota untuk individu dan juga bukan individu, SEDA Malaysia turut memperuntukkan kuota untuk projek komuniti yang merangkumi Semenanjung Malaysia, Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan.
Banyak faedah yang dapat kita peroleh melalui pelaksanaan program FiT ini. Ia bukan sahaja dapat membantu kita dalam memanfaatkan sepenuhnya sumber tenaga boleh baharu, malah ekosistem akan lebih terpelihara. Lebih menarik, kita juga dapat menjana pendapatan bagi yang mengikuti Program FiT ini selain budaya inovasi dan amalan cekap tenaga dapat diamalkan secara lebih  meluas.

Perlu kita ingat, manfaat program ini, bukan sekadar untuk kita, malah alam sejagat. Kalau bukan kita yang jaga, siapa lagi kan? Kalau korang berminat untuk belajar dan memahami lebih mendalam mengenai Feed-in Tariff (FiT) Malaysia ini, maklumat ini boleh didapati melalui laman web SEDA Malaysia dipautan www.seda.gov.my . Banyak sebenarnya program yang telah dan bakal dianjurkan oleh SEDA Malaysia dalam usaha untuk memperkenalkan dan menyedarkan masyarakat mengenai program FiT ini. Selain itu, latihan juga turut diberikan kepada penggiat industry yang berminat  mengambil bahagian dalam program FiT ini.

Diharap, segala info yang aku share sebelum ini, dapatlah membantu korang serba sedikit dalam memahami program FiT secara lebih jelas. Nanti, ada masa aku share lagi ya. Kalau nak baca artikel berkaitan SEDA Malaysia, korang boleh klik kat label SEDAMalaysia.

Okay…till we meet again
Read more ...

Wordless Wednesday #2 [30.04.2014]

Assalamualaikum...

Wordless Wednesday #2 untuk hari ini. Terima kasih banyak-banyak Nuffnang.
CPUV terbaru untuk kedua-dua blog.

Okay...till we meet again
Read more ...

Advance Wishes For Kak Ida

Assalamualaikum...

Allah Selamatkan Kamu
Allah Selamatkan Kamu
Allah Selamatkan Kak Ida
Allah Selamatkan Kamu

Haa..itu lagu Allah Selamatkan kamu special untuk insan yang aku anggap macam kakak aku sendiri. Kak Zaidatul a.k.a. Kak Ida. Hee...Esok, 1 Mei 2014 merupakan ulang tahun Kak Ida. Umur ke berapa aku tak sure. 

Kak Ida ni aku kenal since first day aku masuk CICD. Beliau ni sangat baik. Kak Ida ni la tempat aku nak meluahkan segala isi hati ini. Suka, duka, gelak dan ketawa aku selamat kat unit tu, hanya Kak Ida tahu segalanya. Kak Ida ni seorang sangat aku sayang dan boleh dipercayai. 

Esok birthday Kak Ida tapi disebabkan cuti umum, maka hari ini aku dedicate entry ni khas untuk kak Ida.
Doa aku semoga Allah beri kesihatan yang baik buat Kak Ida dan merahmati kehidupan beliau. Semoga Kak Ida terus cekal dan kuat hadapi dugaan hidup ini. Sayang Kak Ida

Okay...till we meet again
Read more ...

Wordless Wednesday #1 [30.04.2014]

Assalamualaikum...

Wordless Wednesday #1 untuk hari ini.
Cer teka apa ada di dalam beg tu?

Okay...till we meet again
Read more ...

Tuesday, April 29, 2014

Jagalah Diri - Jaclyn Victor

Assalamualaikum...

Selamat pagi. Ehem..pepagi aku update sikit. Nak share lirik lagu nyanyian Jaclyn Victor. Lagu ni dah lama tapi aku je baru dengar sejak TV1 siarkan setiap kali lepas habis berita.
Image: Google

Mata kau berhentilah menangis
Jemari kesat ke pipi
Hati cukuplah dirasuk sedih
Kerana dia takkan kembali

Takdir mengubah hubungan kita
Dia padam dari jaga
Bicara hanyalah dalam doa
Yang dipanjat pada yang Esa

Ya Tuhanku
Jagalah diri ini menempuh
Hidup sepi tabah menerima takdir

Ya Tuhanku
Ketemukanlah kami berdua nanti
Hingga itu ku mohon kau
Jagalah dirinya

Jiwa walaupun terpisah jua
Selalu pergi dengannya
Sisa yang masih ada di sini
Ku bertahan ke nafas terakhir

Ya Tuhanku
Jagalah diri ini menempuh
Hidup sepi tabah menerima takdir

Ya Tuhanku
Ketemukanlah kami berdua nanti
Hingga itu ku mohon kau
Jagalah dirinya

Hingga itu ku mohon kau
Jagalah dirinya
Jagalah dirinya


Sumber lirik : SINI

Aku sukakan lirik lagu ni sebab puitis. Selain rentak lagu dia yang tak terlalu slow. Kang aku ngantuk pulak dengar banyak kali.

Korang pernah dengar lagu ni?

Okay...till we meet again
Read more ...

Monday, April 28, 2014

Persiapan Kerja Kahwin Pun Bermula

Assalamualaikum...


Malam ni ada sedikit kelapangan untuk up satu lagi entri baru. Ewah..poyo je. Okay..aku nak mula cerita ni.


Rasanya dulu aku ada cerita yang Kaknyah aku (kakak kedua) akan melangsungkan majlis perkahwinan tak lama lagi. Alhamdulillah, telah ditakdirkan jodoh dia dengan orang kapal terbang. Hehehe. So, aku pulak yang excited sebenarnya. Kenapa? Sebab aku involve banyak benda kait dengan persiapan perkahwinan kakak aku tu. Kakak sendiri nak kahwin, siapa tak happy kan? Kan?

Okay...hendak dijadikan cerita, aku ni tak berapa sihat nak ikut kakak dan mak aku pergi ke Nilai membeli barang-barang persiapan untuk door gift. Oh lupa nak cakap. Memandangkan majlis perkahwinan tu menggunakan khidmat 'wedding planner', makanya kerja kami dah kurang banyak sangat. Apa yang tinggal untuk kami sediakan cuma door gift dan beberapa hal seperti button badge untuk 'wedding crew' dan juga guest book. 

Haa..cakap pasal door gift tu, mak aku nak buat ala-ala traditional sikit. Katanya orang Perak, nak buatlah wajik dan juga bunga telur sebagai door gift. Gitu excited mak aku. Kami ni ikutkan aje. Ala, bukan selalu ada kenduri kahwin besar-besaran ni. So, aku share sikit antara barang persiapan yang mak dan kakak aku beli Sabtu lepas.
Haa..tinggi tak susunan kotak tu? Confirm tinggi daripada aku yang memang pendek ni. Kah kah kah. So, setelah kaknyah aku mulakan sedikit permulaan, kat bawah ni la hasilnya.
Dari kotak kosong, diletak ribbon kaler purple dan bunga seketul, dah jadi cam cantik kotak tu. Itu baru sikit. Dari semasa ke semasa, aku akan share dengan korang hasil button badge yang aku akan DIY sendiri khas untuk kakak aku. Oh ya, guest book sekali. Aku akan gunakan felt sebagai material utama. Tunggu hasilnya ya.

Okay...till we meet again
Read more ...

Aku dan Blog

Assalamualaikum...
Opps..ini bukan entri membebel dan bukan entri ulang tahun. Ini sekadar nak berkongsi dengan korang pengalaman aku dan blog ini.

Alhamdulillah, blog picisan ini masih mampu untuk bertahan sehingga ke hari ini walaupun suam-suam kuku je. Kadang tu sejuk melesi je blog ni. Pernah suatu ketika aku biarkan je blog ni freeze sebab kesibukan mengendalikan fan blog. Akan tetapi aku tetap jenguk sekali sekala kalau ada sesuatu yang hendak aku luahkan.

Blog Ainim Rashihah ni pada aku ibarat satu online diari yang boleh dibaca tanpa ada tapisan. Diari hidup aku tentang apa yang aku lakukan dan apa yang aku alami dalam kehidupan seharian. Cuma aku tak suka nak update apa-apa perkara yang berkait dengan emosi. Adalah juga sesekali bila aku terkenang arwah abah ke, bila aku nak luahkan rasa cinta dan kasih sayang aku pada keluarga aku. Kalau soal cinta, so far aku tak pernah buat lagi.

Kenapa tagline blog aku "Menulis dan Bercerita"? Siapa boleh jawab? Hahaha. Kebetulan je tu. Aku ni kalau ikutkan peribadi asal aku kalau korang jumpa depan mata, aku bukan orang yang peramah. Jauh sekali nak mulakan perbualan. 'Serious'. Itulah perwatakan sebenar aku. Cewah. Tapi memang aku ni orangnya serious cuma bila aku dah kenal orang baru aku boleh jadi gila-gila. 

Memandangkan perwatakan aku yang serious dan aku jenis tak berapa suka bercakap tentang hal orang lain apabila berbual dengan kengkawan melainkan hal kami masing-masing je, jadi aku kadang lebih banyak berdiam atau menyendiri. Haa...nak buat macam mana kan, dah memang perangai aku dari kecik kot. TETAPI, aku seorang yang suka memerhati. Aku perhatikan dengan fikiran yang kosong dan kadang2 aku akan berfikir, apa aku akan buat kalau aku sesuatu tu terjadi pada diri aku.

Perangai pelik aku yang suka berangan ni yang buat aku suka menulis dan bercerita. Yes, aku bercerita serba sedikit tentang kehidupan seharian aku. Apa yang buat, aku akan ceritakan dalam blog ni dengan cara penyampaian tersendiri. Rasanya kalau korang biasa baca entri blog ni, mesti perasan aku ada sebut 'Hendak dijadikan cerita'. Haa..tu maknanya aku dah mula jadi story teller la tu. Mungkin sebab tu aku rasa tagline 'Menulis dan bercerita' tu tepat dengan objektif blog ini diwujudkan.

Blog ini pada aku ibarat satu kuasa magic. Waima apa saja perwatakan korang, bila korang menulis, pasti akan ada tarikan tersendiri. Samada secara kelakar, serious, bersahaja atau apa saja. Asalkan penulisan tu jangan sampai menyinggung perasaan orang dan membawa bahana pada diri sendiri dah la ya. Paling tak tahan, bila dah dapat menulis, korang macam tak tahu nak berhenti kat mana. Haa..aku la tu.

Aku ucap terima kasih bebanyak pada blog ini, kerana dengan blog ini, aku dapat kenalan baru. Dengan wujudnya blog ini, aku dapat juga menjana duit yang aku kira agak lumayan jugalah. Kerana blog ini, apa yang terbuku didalam hati dapat aku luahkan. Cuma bab2 yang sensitif, aku biarkan dalam hati je. DAN kerana blog ini jugalah, aku dapat jadi protege dan belajar banyak selok belok dunia blog daripada Kak Mia Liana dan mendapat sahabat blogger yang awesome macam Sally Samsaiman, Kak Farah Waheda dan Abang Eraz Fadli

Blogging ini ada pasang surutnya. Tak semuanya indah belaka. Itu perkara biasa. Kalau tak tahan, jangan jadi blogger. Ala, macam kehidupan kita ni jugakan. Ada up and down. Percayalah, bila korang mampu hadapinya, itulah yang membuatkan korang jadi kuat.

Kepada pembaca dan pengikut blog ini, thank you so much kerana sudi sokong aku. Walaupun sekarang ni aku agak menurun, tapi aku percaya aku dapat bangkit semula dengan sokongan korang yang awesome ni. Thanks so much. Aku hargai semua itu.

Okay


Read more ...

Sunday, April 27, 2014

Segmen First Annivessary Blog Asha Lya

Assalamualaikum...

Sahabat blogger kita, Asha Lya buat segmen sempena first anniversary blog Lya. Kita pun tak nak ketinggalan untuk join. 
Korang nak join juga ke? Klik je banner kat atas tu.

Aku ucapkan Happy Anniversary untuk Asha dan blog beliau. Semoga lebih maju dan berjaya sebagai blogger. Kuatkan diri untuk hadapi turun naik hidup sebagai blogger. 

Okay...till we meet again
Read more ...

Paparan Baru Twitter

Assalamualaikum...

Selamat pagi ahad semua. Cewah. Konon sangatkan. Okay..semalam aku saja je la buka Twitter. Sejak tahun lepas, aku dah kurang dengan twitter atas sebab-sebab tertentu. Tapi aku tetap tweet sesuatu setiap hari terutama entri terbaru blog ni.

Rupanya, paparan Twitter dah baru tau. Haa..sebenarnya dah beberapa ketika cuma aku je yang baru tau ni. Nak kata cantik sangat paparan baru ni, aku rasa biasa je. Nak kata macam Facebook, ada juga serba sedikit persamaannya. 

Cuma yang pastinya aku tak kisah asalkan masih senang nak faham. Jangan macam Facebook mobile yang baru ni. Aku naik menyampah pulak sebab makin susah nak tengok profile sendiri. Hihihi
Twitter

Korang rasa macam mana pulak?

Okay...till we meet again
Read more ...

Saturday, April 26, 2014

Siapakah Wali Anda?

Assalamualaikum...

Selamat malam semua. Dah lewat malam ni, dah dinner ke?

Sebenarnya aku jenguk timeline Facebook tadi sekadar nak cari ilham untuk update entri baru. Alhamdulillah, ada sesuatu yang aku jumpa dan sesuai untuk kongsi dengan korang semua. Ehem..especially buat mereka yang masih bujang dan yang bakal melangsungkan perkahwinan. 


Siapa wali anda?
nikah
image: Facebook
Klik gambar untuk clear view ya. Sudah pastinya bapa kandung sebagai orang pertama yang akan bergelar wali kita akan tetapi, kalau bapa kandung dah meninggal dunia macam kes aku dan adik-beradik dan takde pulak adik-beradik lelaki malahan datuk pun dah meninggal dunia, macam mana kan? Haa...kat dalam gambar ni dia susun ikut turutan siapa yang layak menjadi wali.


Apa yang diperlihatkan sangat jelas, cuma bab nak mencari tu untuk agak sedikit susah. Hmm...biarlah itu menjadi rahsia keluarga ya. Ingat, bukan senang2 kita nak cakap guna wali hakim je kalau susah2. Setahu aku, kita perlu usaha mencari wali dikalangan mereka yang betul2 layak dan kalau dah memang takde baru boleh guna wali hakim. Itu pun ada syarat-syaratnya.


Aku tak pandai nak jelas ikut hukum hakam bab2 agama bagai. Kang salah, aku dan korang juga dosa. Cukup aku share dan explain secara general. Rasanya ada antara korang yang lagi arif daripada aku bab2 ni. Well actually, aku share ni pun sekadar perkongsian untuk malam minggu ni. Dari aku merapu baik kongsi benda berfaedah, ye tak? Harap dapa serba sedikit membantu ya.

Okay...till we meet again
Read more ...

SEDA LEO Sabah

Assalamualaikum…

Bertemu lagi semua. Ewah, dah macam segmen kat TV je gayanya kan. Korang mesti perasan aku selalu je cerita pasal Sustainable Energy Development Authority Malaysia atau singkatannya SEDA Malaysia. Kenapalah aku suka cerita pasal SEDA ni kan. Mestilah bersebab semuanya tu. Paling penting, sharing knowledge sesama kita.

SEDA Malaysia adalah sebuah badan berkanun yang ditubuhkan pada 1 September 2011 dibawah Akta Lembaga Pembangunan Tenaga Lestari 2011 [Akta 726] yang berperanan untuk mentadbir dan mengurus pelaksanaan mekanisme Feed in Tariff (FiT) dibawah Akta Tenaga Boleh Diperbaharu 2011 [Akta 725]. SEDA Malaysia beroperasi di Galeria PJH, Putrajaya.

SEDA LEO ialah pejabat kerajaan pertama di Sabah yang mengamalkan Kecekapan tenaga.Dengan berkeluasan 1,182 kaki persegi, pejabat ini berpotensi untuk mencapai 40% penjimatan tenaga melalui lampu dan juga peralatan yang dipasang berbanding bangunan pejabat konvensional lain yang berhawa dingin.



SEDA LEO ini boleh dikatakan sebagai ‘show case energy efficient office’ yang menunjukkan komitmen dan usaha berterusan SEDA Malaysia di dalam sektor tenaga lestari. Apabila SEDA LEO ini beroperasi, barulah contoh melalui tauladan dapat ditunjukkan seiring dengan visi SEDA dalam mempromosikan pembangunan tenaga lestari sebagai sebahagian daripada ke arah mencapai keselamatan tenaga dan autonomi. Memandangkan tahun 2014 ini merupakan tahun pertama penglibatan negeri Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan di dalam program Feed-in Tariff (FiT), SEDA LEO dijangka membolehkan SEDA berkongsi mengenai Energy Efficiency untuk perkhidmatan bangunan di Sabah.

Dengan wujudnya SEDA LEO ini, ia dapat menjadikannya sebagai rujukan dan contoh bagi agensi kerajaan, kontraktor dan juga ‘building services professionals’ dalam mereka bentuk bangunan yang bercirikan cekap tenaga. Selain dianggarkan dapat menjimatkan tenaga sebanyak 9,660 kWh dengan total amount RM 3,800, ia juga dijangka dapat menjadi ‘capacity building platform’ khusus buat para penggiat industri.

Jom semak apa ciri-ciri yang melengkapi SEDA LEO ini




Bagi mewujudkan satu persekitaran cekap tenaga ini, pastinya ada satu team kerja yang bertanggunjawab dalam melaksanakannya. Kat bawah ni aku share siapakah mereka-mereka ini.



Sekadar nak beritahu korang, bermula 2 Mei 2014, permohonan kuota Feed-in Tariff (FiT) akan dibuka melalui permohonan atas talian e-FiT. Perrmohonan ini adalah bagi Semenanjung Malaysia, Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan.

Jadi jangan lepaskan peluang untuk memohon ya. Kalau perlukan bantuan dan juga bimbingan, bolehlah berhubung dengan SEDA Malaysia atau layari laman web SEDA Malaysia di pautan www.seda.gov.my

Okay…till we meet again
Read more ...

Projek Piknik CICD

Assalamualaikum...

Happy weekend you alls. Hehehe. Bertemu kembali. Dah makan? Aku makan kueyteow goreng tapi sikit je sebab takde selera. Okay..jom mula cerita.

Lanjutan daripada kisah kami satu unit nak buat projek pau tu ada aku cerita kat blog ini. Ada kat entri INI. So, jumaat dua minggu lepas, kami pun mulakan projek pau tu seawal pagi lagi. Tapi aku tak join buat sebab ada keje. Cuma kak Ida, Kak Ina dan Ridzuan je sempat lari-lari jap buat. Tengok kepada kelapangan masa. Tetapi sejak pagi tu dah start makan-makan sebab masing-masing ada bawa makanan. Hasilnya pau tu dimakan sambil buat keje.

Masuk je waktu tengah hari, kami pun mulakan projek menguli pau. Uli kali kedua sebab doh pertama dah habis pagi tu juga. Seronoknya sebab hari jumaat kan rehat panjang, maka kami pun berkumpul la duduk sama-sama sambil uli doh pau dan ada yang dok buat patbingsu. Haa..jangan terkejut aku sebut patbingsu. Kalau kat sini kita panggil ABC tapi sebab kami buat style korea, maka jadilah patbingsu. 

Seronoknya berpiknik sesama walau hanya dalam ofis je. At least dapat spend masa sesama dan release stress sambil gelak ketawa. Patbingsu tu kami guna sunquick sebagai syrup dan buah-buahan juga biskut. Seronok tau. Sambil menunggu doh pau tu kembang, kami makan-makan dulu. 

Bila doh dah mengembang je, kami mula letak bahagikan kepada bahagian yang kecil dan letak inti pau. Haa..masa ni excited sebab aku tak pernah buat pau. Seronok walaupun susah rupanya. Lepas siap tu kami mulakan sesi mengukus. Hehe..masa ni paling best sebab tunggu pau tu siap masak. Dah siap je, terus rasa. Wow..sedap juga tau. Kami ada juga bagi kawan-kawan dari unit lain rasa pau kami dan feedback pun positif.

Begitulah cite simple pasal projek piknik kami. Nak cite lebih2 kang lama pulak korang nak baca. Kih kih kih...okay. Aku nak start blog walking mana yang mampu ni. Kang sambung cite lain ya.

Okay...till we meet again
Read more ...

Thursday, April 24, 2014

Shrimp Po Boy Sandwich Gaya AinimRashihah

Assalamulaikum...

Korang!!! Rindunya kat korang!!!....berapa hari tak ada entri baru. Sorry ek. Tuan blog MC 3 hari termasuk hari ni sebab sakit. Ni pun baru balik dari hospital. Ambil sample dan darah. Doktor bagi MC hari ni sebab ambil sample tu sakit. Ni pun tahan je rasa sakit dan pedih.

Jom mula cerita. 
Kalau tengok tajuk entri tu, sebenarnya ada kaitan dengan entri aku sebelum ni kat SINI. Oh ya, begini...sebenarnya kisah ni dah lama nak cerita tapi aku ni kan kadang2 pelupa. Bila belek photobucket baru aku perasan yang entri sandwich tak abis cerita.

Dalam minggu yang sama aku cakap teringin nak makan sandwich tu, kakak aku datang dengan family dia. Makanya, ada la anak buah aku yang seorang tu. Biasalah, dapat makcik kadang perangai serupa bebudak, seronok je la nak melayan anak buah. Dah kita layan dia, dia kenalah juga layan perangai kita. Aku ajak dia jenjalan ke Alamanda dengan tujuan nak beli barang untuk buat sandwich.

Sandwich yang aku nak buat ialah Shrimp Po Boy tapi dengan resipi dan citarasa tekak melayu aku. Kalau nak ikut resipi sebenar, mau aku tak larat makan  kot sebab bahan dia very unfamiliar dengan aku. So, aku buat dengan cara udang tu aku goreng salut tepung. Bahan- bahan lain macam salad, mayonnaise dan roti. Aku tak letak tomato sebab aku tak berapa gemar tomato segar. Heheheh

Makanya, setelah hampir sejam main dengan tepung dan telur bersama anak buah aku sambil menggoreng udang tu, siap juga akhirnya Shrimp Po Boy Sandwich kami. Sedap tapi roti tu je tak best sebab kulit dia liat. Rasanya aku kena beli roti lain lepas ni. Aku ada hasrat nak buat lagi ni tapi tengok keadaan dulu.

Okay...till we meet again 
Read more ...

Monday, April 21, 2014

Masalah Nak Blog Walking

Assalamualaikum..

Baru je berhasrat nak blog walking. Sekali Reading list problem. Berapa kali refresh pun tak keluar list blog yang aku follow. Isk isk isk. Asyik keluar ni je
Apa nak buat ni? Nampaknya terpaksa blog walking dari blog list dululah jawabnya. Kalau tidak, memang takde jenjalan ke blog kengkawan. Haa..inilah kelebihan ada blog list. Sebagai alternatif bila reading list problem macam ni. Kalau takde blog list, lagi susah nak blog walking.

Kalau korang hadapi masalah yang sama macam aku, boleh je blog walking melalui blog list. Kalau korang jenis ingatan kuat, mesti boleh ingat nama url blog kengkawan. Tak pun, korang boleh tengok kat Nuffnang akaun tu (buat yang ada akaun Nuffnang), siapa yang pernah kunjungi blog korang. Selain tu, boleh juga tengok list kengkawan blogger kat Google+. 

Sekian, tips tak berapa nak tips sangat daripada aku.

Okay...till we meet again
Read more ...

Lunch Apa Hari Ni?

Assalamualaikum...

Selamat tengah hari semua. Baru sempat nak update dek kesibukan kerja. Memandangkan sekarang ni pun dah waktu lunch, so adalah sedikit kesempatan nak blogging kejap.

Kepala sakit since dari pagi membawa ke tengah hari ni. Nak makan pun takde mood. So, aku beli ais krim untuk bagi rasa manis sikit kat mulut yang pahit ni. Sebagai back up, beli roti kot-kot kang lapar. Korang makan apa tengah hari ni? Jangan lupa baca bismillah dan doa makan ye.

Aku nak blog walking jap mana2 yang sempat. Malam kang jumpa lagi ye. 

Okay...till we meet again.
Read more ...

Sunday, April 20, 2014

[Puisi] Rindu

Assalamualaikum...
Image: Google
Rindu
Satu rasa yang sukar diungkap
Hanya hati yang tahu rasa itu
Hanya perasaan yang boleh menggambarkan rasa

Rindu akan tetap ada
Rindu akan tetap berputik nyata
Rindu akan sentiasa hidup dalam diri
Itulah kenyatannya

Tapi,
Mampukah rindu itu diungkap?
Mampukah rindu itu dizahir dengan kata-kata?
Mampukah?

Ku Simpan rindu itu
Ku Simpan segala kenangan bersamanya
Ku Simpan segala duka yang terbawa bersama
Ku Simpan segalanya...
Ku Simpan rindu itu...
Ku Simpan selamanya....

AINIM RASHIHAH
20.04.2014

Al-Fatihah untuk arwah Abdul Rashid bin Hashim
1956 - 2005
Read more ...

Visit MIHAS 2014

Assalamualaikum...
Ini kisah dua minggu lepas. Eh? Betul ke? Ye la kot...aku lupa date. Dah lama nak cite tapi baru sempat. Kisahnya, aku, kembar dan dua kawan pergi ke MIHAS kerana nak ke Korea Pavilion. Ye la, kembar aku dan kengkawan kan memang kaki korea, makanya excited la nak ke MIHAS tu.

First, kami breakfast kat Tous Les Jours (TLJ) Bukit Bintang macam yang aku cerita kat entri INI. Lepas breakfast, kitorang terus ke KLCC. Haa...nasib parking senang nak dapat. 

Masuk je, macam biasa kenalah register dulu. Aku tak register sebab dah ada pas masa datang hari Rabu tu. So, mula-mula aku ajak kembar pegi jenjalan dulu kat booth dari Hall 1 dulu. Ye la, kalau setakat nak ke Korea Pavilion tu, takde la keseronokan ke MIHAS ya tak?

Haa..time ni la aku bagitau kembar dan kengkawan booth mana yang makanannya sedap. Hehehe. Aku kan suka makan. Sempat jugalah kembar dok membeli beberapa jenis makanan yang memang takkan dapat di Malaysia kerana belum lagi masuk pasaran sini. 

Jalan-jalan sambil terserempak dengan member ofis. Jalan-jalan eh eh..dah sampai kat booth Korea la. Uiks..excited kengkawan dan cik kembar ya. Apa lagi, kembar pun dok rasa-rasa makanan dan beli juga la. Biasalah kembar aku kan. Dia kan bias korea sangat. Takpe, janji dia makan ye tak. So, lepas membeli tu, aku kira dah setellah dan tertunailah hajat kengkawan.

Tapi, tak berakhir disitu sebab kitorang singgah menonton demo masakan oleh Dato' Fadzley. Dato' Fadzley buat kek. Wow..menarik sangat. Dah selesai demo, ada la juga yang ambil kesempatan untuk bergambar dengan beliau. Aku macam biasa, takdelah nak bergambar. Jadi tukang amik gambar je la.

Kitorang pulang setelah selesai sesi menjelajah MIHAS tu. Harapnya tahun depan, lebih banyak syarikat dari Korea yang menyertai MIHAS ni. Bukan apa, ramai je peminat korea di negara ni.

Okay...till we meet again 
Read more ...

Friday, April 18, 2014

Mengantuk

Assalamualaikum...

Selamat malam semua. Ewah ewah ewah Ainim...kemain ko kan. Dah lewat malam baru terhegeh-hegeh nak greet readers. Apa kes daaa....
Image: Google
Ala..hari ni aku memang busy. Busy keje dan busy berpiknik dengan kawan-kawan unit. Pepagi je aku dah busy prepare benda yang bos aku minta. Itu pun tak siap lagi, sambung hari Isnin depan. Inshaa Allah boleh siap. Nak mengantuk pun tak sempat...hihihi

Macam yang aku cerita dalam entri semalam kat SINI, aku dan kengkawan unit plan nak buat pau. Haa..projek pau ni kami dah plan seminggu tau. So, tiba je hari Jumaat, makan berlangsunglah hari kejadian. Makanya bermulalah piknik dalam ofis. Nak ke pantai, hasrat tak kesampaian. 

Bila balik rumah dah letih semacam. Aku lately ni, kalau letih je bukan calang-calang letih. Sampai tahap macam takleh nak bangun. Tapi gagahkan juga. Ni pun baru sempat buka blog dan blog walking sikit-sikit. Aku memang nak greet korang. Aku nak ucap Selamat berhujung minggu kat korang semua. Apa plan esok?

Baiklah, aku ni nguap kali ke berapa tah aku pun tak pasti. Maka itu, izinkanlah diri ini untuk masuk tidur. Esok kontraktor nak datang betulkan tiles rumah ni yang pecah dan kabinet dapur yang rosak. Hmm..aku cuba yang terbaiklah ya nak update blog.

Okay...till we meet again
Read more ...

Thursday, April 17, 2014

Projek Pau

image: Google

Assalamualaikum...

Esok kami ada projek pau. Projek tu nak buat pau la. Saja je nak buat makan-makan sesama kami kat unit ni. Dah lama tak buat makan-makan kekdahnya. Asalnya aku dan kak Aida bercerita pasal pau dalam bas masa nak ke KLCC untuk usher foreign buyer ke MIHAS Rabu lepas.

Hendak dijadikan cerita, tetibe je masa kitorang sembang-sembang dalam whatsapp group unit, terus kak Aida ajak buat pau. Haa..korang tau la kan. Bab-bab makan ni, kami memang suka. So, esok masing-masing dah plan nak bawa inti apa dan Kak Aida akan bawa doh pau. Gitu..

Eee..tak sabarnya nak buat pau. Excited ni. First time ever you alls kita nak buat pau. Haa...orang tak pernah buat pau la katakan. Jakun sikit. Harap plan kami esok akan menjadilah hendaknya ya. Kalau dah menjadi pau kami tu, nanti aku tunjuk rupa pau tu ya. Kalau tak menjadi, alamat jadi sandwich la jawabnya. Hahahaha

Okay...till we meet again

Read more ...

Menjamu Mata

Assalamualaikum...
Sebenarnya aku ni baru je usha-usha website ni. Melihat-lihat shawl yang dah restock dan masih available. Niat dihati ni nak membeli tapi kena simpan duit. So, sajalah menjamu mata. Tak salah kan. Hehehe...

Banyak pilihan shawl menarik yang aku suka. Korang nak beli? Search je Shawlbyvsnow, confirm jumpa.

Okay...till we meet again
Read more ...

Tous Les Jours

Assalamualaikum...
Selamat pagi semua. Dah breakfast? Oooo...gambar atas ni bukan breakfast aku pagi ni tapi breakfast hari sabtu lepas masa keluar jenjalan dengan kembar dan kawan-kawan. Kami ambil kesempatan untuk breakfast di Tous Les Jours di Bukit Bintang. Betul2 bertentangan dengan Lot 10 dan terletak berhampiran dengan monorail Bukit Bintang. Kiranya korang turun je monorail Bukit Bintang tu terus boleh sampai TLJ ni.

Dah lama plan nak breakfast kat situ, akhirnya tercapai juga hasrat. Aku cuma makan garlic bread dan Pain Au Chocolate je. Roti lain tu kembar dan kawan-kawan aku yang makan. Sedap tau garlic bread tu. Boleh makan macam tu je without mushroom soup. Nyum nyum..


Korang nak cuba? Try la sekali pergi sana. Kalau breakfast best kot. Aku ada sertakan alamat TLJ ni sekali kat bawah ni.


WOLO Bukit Bintang
126A-C, Jalan Bukit Bintang
Kuala Lumpur
Tel : +603-4065 0088
Opening Hours : 8AM – 11PM

BANGSAR
39-41 Jalan Telawi 3 | Bangsar Baru | 59100 Kuala Lumpur
Tel : +603-2201 3526
Opening Hours : 7AM – 12AM (Sun - Thurs)
7AM - 1AM (Fri, Sat & Public Holiday)

Okay...till we meet again
Read more ...

Wednesday, April 16, 2014

Pengumuman Kuota Feed-in Tariff (FiT) Malaysia 2014

Assalamualaikum…
Image: SEDA Malaysia
Rasanya mungkin ada dikalangan kalian yang sudah tahu dan mungkin juga ada yang terlepas kot berkenaan dengan pengumuman Kuota Feed-in Tariff (FiT) 2014 baru-baru ini. Pengumuman dibuat oleh Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA), Y.Bhg Datuk Seri Panglima Dr. Maximus Ongkili pada 1 April 2014.

Berikutan penangguhan pengumuman yang diumumkan oleh YB Dato’ Seri Diraja Mahdzir bin Khalid, Timbalan Menteri KeTTHA pada ISES 2014 yang lepas, ini bagi membolehkan pihak SEDA Malaysia melakukan penelitian dan penambahbaikan untuk kuota FiT 2014.

Di dalam usaha untuk mengembangkan pemanfaatan sumber Tenaga Boleh Baharu di Malaysia, kerajaan melalui Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA) telah merangka ‘National RE Policy and Action Plan (NREPAP) yang kemudian diluluskan oleh Kabinet pada 2 April 2010. Rangka kerja utama NREPAP ini adalah dalam implementasi Feed-in Tariff (FiT) yang diperkenalkan pada 1 Disember 2011 di Semenanjung Malaysia dimana kadar caj tambahan 1% ke atas bil elektrik yang akan disumbangkan ke Kumpulan Wang Tenaga Boleh Baharu (KWTBB) bagi menyokong program FiT ini.

Image: Google
Mulai 1 Januari 2014, Sabah dan juga Wilayah Persekutuan Labuan buat pertama kalinya telah mengambil bahagian dalam program Feed-in Tariff ni dimana surcaj 1% ke atas bil elektrik mencecah RM77 sebulan atau 300 kWh bagi pengguna domestic di semenanjung dan RM69 sebulan bagi Sabah dan W.P Labuan. Namun begitu sejajar dengan kenaikan tariff elektrik yang lalu, surcaj ini juga telah dinaikkan kepada 1.6% seperti yang aku pernah cerita dalam entri INI.

Oh ya, berkenaan dengan pengumuman Kuota Feed-in Tariff (FiT) 2014, ianya akan dibuka untuk permohonan pada 2 Mei 2014. Menariknya, total kuota FiT 2014 diperuntukkan bagi operasi komersial sehingga akhir tahun 2014 ialah sebanyak 65 MW yang merangkumi biogas, biomass, biomass (solid waste), small hydro, solar photovoltaic (PV) for the individuals, solar PV for the non-individuals, dan satu kategori baru iaitu solar PV komuniti.

Selain daripada itu, bersempena dengan penyertaan Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan kuota solar PV khas disediakan sebanyak 5MV bagi ‘non-individual application’ untuk Sabah dan bagi Wilayah Persekutuan Labuan kuota yang diperuntukkan adalah bagi permohonan kapasiti yang melebihi 425kW sehingga 2MW. Jadi bagi penggiat industri yang berminat, bolehlah buat permohonan ya. Menarik sangat tawaran ni.
Sumber : SINI

Program Kuota FiT 2014 ini ditadbir dan dilaksanakan oleh SEDA Malaysia dan permohonan boleh dibuat mulai 2 Mei 2014. Sebenarnya panjang kenyataan Menteri KeTTHA ni kalau aku nak cerita kat sini satu persatu. Kalau korang nak lebih detail, boleh ke laman web SEDA Malaysia. Kalau nak apply kuota FiT ni pun boleh dibuat di laman web SEDA Malaysia melalui pautan www.seda.gov.my

Okay…till we meet again.
Read more ...

Wordless Wednesday #3 [16.04.2014]

Assalamualaikum...
Image: Google

Image: Google
Wordless Wednesday #3 untuk hari ini..sama-sama kita renungkan.

Okay...till we meet again
p/s: note to myself
Read more ...

Wordless Wednesday #2 [16.04.2014]

Assalamualaikum...

Wordless Wednesday #2 for today.
When we honestly ask ourselves which person in our lives means the most to us, we often find that it is those who, instead of giving advice, solutions, or cures, have chosen rather to share our pain and touch our wounds with a warm and tender hand.
Henri Nouwen
I love this person so much. Honestly deep in my heart, I am grateful to have a friend like her.

Okay...till we meet again
Read more ...

Wordless Wednesday #1 [16.04.2014]

Assalamualaikum...
Wordless Wednesday #1 untuk hari ini. Cuba kira berapa puluh sen keseluruhan ni? Hehehe. Apa pun, terima kasih Nuffnang

Okay...till we meet again
Read more ...

Tuesday, April 15, 2014

Hai lah Poslaju

Assalamualaikum...
image: Google
Dah lewat sangat ni kan baru aku dapat online blog. Hari ni juga hari terakhir aku bercuti sebab esok dah start kerja balik. So, kehidupan akan back to normal. Oh ya..aku ada la juga nak cerita sikit entri baru tapi kan ni dah lewat ni...aku dah mula mengantuk. Keletihan seharian ni. 

Agak letih hari ni sebab keluar ke Poslaju Putrajaya untuk track parcel aku yang tak sampai-sampai. Bayangkan, aku beli album dari Inteam Mobile since hari Khamis, dah hari Isnin pun tak sampai-sampai sedangkan dalam website Inteam tu dah bagi tracking number. Makanya, petang semalam selepas selesai buat segala kerja-kerja rumah, baru aku sempat check status parcel aku. Rupanya hari sabtu dah sampai Putrajaya TAPI katanya consignment tu tak dapat dihantar sebab takde orang kat rumah. 

Apa yang takde? Kakak dan mak aku ada je kat rumah Sabtu tu. DAN kalau dia kata takde orang, kenapa tak letak slip tuntutan tu? Kat situ aku musykil. So, buta-buta aku datang Poslaju tadi tanpa slip tuntutan sambil buat muka selamba tapi suara aku agak tegas jugalah cakap nak track parcel aku. Ye la, takkan aku nak marah orang kaunter tu kan. Bukan salah dia pun. Dia manalah tau kan kalau posmen tak hantar ke rumah kan? kan? 

Aku bagi tracking number dan suruh dia check. Alhamdulillah, nasib parcel aku ada. So, aku anggap selesai tapi aku ada sedikit rasa tak puashati sebab ini bukan kali pertama jadi kat aku. Beberapa kali jugalah posmen tu buat camni tau. Aku ni tercongok duduk rumah tunggu parcel, sekali dia selit je slip tuntutan tu kat grill pintu. Bila adik beradik aku balik tengok ada slip. Padahal takde pun bunyi loceng ditekan. Isk isk isk...

Tadi pun ada seorang customer komplen sebab sebulan dia tunggu invoice apa tah daripada Poslaju tapi tak dapat-dapat. Sekali orang kaunter tu cakap kena call Customer Care. Kesian customer tu. Last week, blogger Sally Samsaiman pun kehilangan parcel dia semasa dalam proses penghantaran. Jawapan yang Sally terima pun pada aku macam takleh terima. So, siapa yang salah ni? Nasiblah aku masih boleh bersabar lagi. Istighfar je banyak2 ni. 

Aku tak minta lebih tapi hanya perkhidmatan yang bagus dan bermutu je daripada Poslaju. Perkhidmatan yang berkualiti dan boleh dipercayai. Harus diingat ya, tak semua pejabat Poslaju macam tu. Mungkin ada sebilangan kecil je la.

Sekian luahan hati malam ni. Eh...tetibe je kan. Ahahaha...dah dah..nak off ni. Sempat blog walking beberapa blog malam ni.. akan disambung esok ya.

Okay...till we meet again
Read more ...

Monday, April 14, 2014

Segmen Blogwalking By DayangDeno

Assalamualaikum...
Adik comel kita, Dayang Deno buat segmen blogwalking. Dah lama juga aku tak join segmen ni. Tapi Deno buat segmen kenalah akak dia ni join kan. Hehehe. Korang nak join tak? Klik je banner kat atas ni ek. Manalah tahu kot-kot korang bertuah untuk dapat doodle art tu.

Okay...till we meet again
Read more ...

Teh Botol?

Assalamualaikum...

Haritu pegawai unit aku pergi melancong kat Bali. Balik dari sana beliau bawa buah tangan dan cenderahati untuk kami. Beg duit daripada manik dan fridge magnet serta teh botol. Teh botol? Haa..teh botol ni famous sebenarnya cuma aku ni je yang lambat update. Maklumlah, aku ni kan jenis tak berapa rajin bab-bab air manis ni. (Eleh...padahal minum je).

So, teh botol ni bukanlah dalam botol tu tau. Dibungkus dalam kotak dan juga dalam peket plastik tu. Nama je la teh botol ni. Asal teh botol ni dari Indonesia. Kalau korang rajin ke sana korang confirm tau kan. Sebenarnya kat Malaysia ni pun dah available dah teh botol ni. Korang pergi je kat restoran yang jual masakan indonesia rasanya ada. Kalau kat Cyberjaya, ada jual tau kat salah satu restoran masakan indonesia. Terpampang besar pulak poster teh botol tu. Hehehe...

Perasa teh botol yang aku dapat ni jasmine tea. Tapi aku tak minum lagi sebab aku tak tau dia rasa macam mana kan. So aku letak je la dalam fridge tu. Hehehe..

Okay...till we meet again
Read more ...