Assalamualaikum...
Kalau korang pembaca tegar blog ini, korang mesti tahu yang aku ni memang peminat Vendeur Festival. Bermula daripada siri pertama di Stadium Melawati Shah Alam, sehinggalah dorang buat kat Menara MATRADE dan dah nak masuk siri kelima dah, aku tak pernah missed kecuali masa dorang buat kat Johor. Haruslah tak pergi kan, jauh benor.
Wah wah wah...mentang-mentang dekat nak raya dah, makanya pihak VF kembali nak menggegarkan Kuala Lumpur dengan kemeriahan hari raya yang bakal menjelang. Wei, siapa tak suka, brand ternama dan banyak diskaun menarik kot.
Ada ke tidak yang plan nak pergi nanti? Aku? Insha Allah, sebab kan dah kata memang peminat Vendeur Festival, harus juga aku pergi. Gitu, gigih sangat bila masuk bab shopping. Eh, sekali sekala je kita shopping tau. Lagipun, venue dia memang tempat kerja aku. Lagilah senang nak pergi. Hahahaha
Sebenarnya persiapan raya aku dah 90% siap. Ala, simple je tahun ni, asalkan ada sehelai baju kurung baru cukuplah. Dah dewasa ni, takdenya aku nak beria sangat sampai baju berpasang-pasang. Cumanya, keterujaan nak ke VF sebabnya bolehlah mencari apa-apa keperluan yang masih belum lengkap. Lagipun, elok buat persiapan awal. Nanti dah nak dekat raya, takdelah kelam kabut. Maklumlah, lagi dekat nak raya, lagi ramailah manusia yang keluar shopping. I say NO untuk ke tempat yang terlalu sesak dengan orang ramai.
Macam VF, tempatnya selesa, parking pun senang, tempat nak solat pun ada, nak berbuka pun senang. Dengar kata, ada 5 food truck yang bakal disediakan. Maybe cafe kat menara ni pun akan buka juga nanti untuk jual makanan berbuka. Oh ya, Coop MATRADE pun akan dibuka. So, memang senanglah kata orang. Dari segi pengangkutan pun senang juga kalau yang takde transport sendiri tu. Naik je bas RapidKL U618. Tak pun, naik teksi dari KTM Putra ke, LRT PWTC ke.

Tips yang aku nak bagi, make sure korang dah withdraw duit siap2 kat luar ya. Bawa cash money yang mencukupi sebab mungkin line internet akan crash bila dah ramai sangat orang. Kot-kot para vendor tak sediakan kemudahan pembayaran menggunakan kad kredit atau online transfer. Haa..kang nak beli belah tak dapat sebab tak cukup duit. Kalau boleh, parents janganlah bawa stroller yang besar gedabak tu, kesian para pengunjung lain terpaksa bersaing untuk lalu. Kalau ada anak kecil, better pastikan keselamatan anak ya. Jangan lepaskan tangan dorang. Maklumlah dah ramai sangat orang, sibuk sangat shopping, boleh menyebabkan kejadian yang tak diingini berlaku. Pastikan barangan peribadi korang sentiasa terjaga ya.
Dah dah..banyak benor aku borak kat sini. Kalau korang nak tahu lebih lanjut, boleh je pergi ke
Instagram rasmi
Vendeur Festival .
Okay...till we meet again
Read more ...