Monday, March 30, 2015

Mencari Informasi Program Inisiatif Kerajaan

Assalamualaikum...
Image: Google
Jumpa lagi..memandangkan aku bakal hadapi exam online JPA tak lama lagi, makanya haruslah persiapkan diri dengan segala mak nenek info yang ada. Aku tengok sukatan exam...mak aiii...pening woo. Banyaknya kena tahu. Haa..daripada hasil pembacaan aku, exam online ni bertujuan untuk melihat keupayaan dan kelayakan calon yang bakal dipilih untuk menghadiri temuduga.

Oh ye..ada tiga kategori ujian tau iaitu Pengetahuan Am, Daya Menyelesaikan Masalah dan Penaksiran Personaliti. Daripada ujian inilah pihak SPA akan dapat menapis dengan telus calon yang benar-benar layak untuk mengisi kekosongan jawatan yang ditawarkan. Setiap daripada kategori tu, soalan bukan calang-calang. Kau bayangkan tetibe dia tanya soalan, pasal sukan SEA, angkasawan ke...kalau tak tahu, jenuh juga nak tembak jawapan..HAHAHAHA

Aku selalu dengar orang kata senang nak masuk kerja kerajaan. Kalau aku, jawapannya ialah 'NO'. Siapa kata senang nak masuk kerajaan? Bab ada kabel tu, korang letak tepi..itu mana2 pun sebenarnya berlaku dan aku sendiri memang tak pernah nafikan perkara tu. TAPI, sejak masuk era baru ni, memang susah woo nak masuk kerja kerajaan. Kawan aku yang apply punya lama sampai sekarang tak dapat-dapat. Padahal degree kot. Oleh itu, yang kerja full gov termasuk macam aku yang semi-gov ni, bersyukurlah dan bekerja la elok-elok ya.

Oh ye..back to the exam. Sekarang ni aku masih lagi gigih mencari informasi pasal program-program inisiatif yang kerajaan adakan macam BR1M, 1AZAM, GTP, Produk 1Malaysia tu dan banyak lagilah. Hmm..kalau nak hafal tu, memang takdelah aku nak menghafal...kan. Cukup sekadar cari info untuk dapatkan overview mengenai program-program tu. 

Hmm..sebenarnya daripada hari Sabtu lagi aku dah start mencari info ni. Sampai aku bertapa dalam rumah depan laptop mencari info. Dah macam penulis novel, dok menaip info2 untuk bacaan aku. Harapnya dapatlah cari info tu semua dalam hari ni juga. Aku dah nak start balik asah skill math aku ni...10 tahun kot tinggal sekolah. Entah ingat entah tidak nak mengira ni..hahahaha...

Okay...till we meet again
*Doakan aku dipermudahkan jawab exam yang sahabat-sahabat sekalian.. terima kasih
Read more ...

MIHAS 2015 Kembali Lagi

Assalamualaikum...
MIHAS
Siapa yang tak pernah dengar mengenai The Malaysia International Halal Showcase (MIHAS), memang aku tak tahu la nak cakap apa. Ini ialah acara tahunan yang dianjurkan oleh Malaysia External Trade Development Corporation (MATRADE) dan diuruskan oleh Shapers Malaysia. Pameran perdagangan mengenai Halal tu. 

MIHAS 2015 akan berlangsung pada 1-4 April 2015 di Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC). Selain daripada pameran MIHAS tu sendiri, ada juga World Halal Summit yang akan berlangsung sempena dengan penganjuran MIHAS ni. Oh ye, selain daripada itu, ada juga sesi Buyer-Seller Meeting atau kami panggil IBM (Incoming Buying Mission). 

Buyer - Seller meeting ni pula akan berlangsung esok 30 Mac 2015 bertempat di Menara MATRADE, Kuala Lumpur. Masa inilah buyer (international buyer) akan bertemu dengan seller (Malaysian company) untuk berbincang mengenai produk yang berpotensi untuk dipasarkan diluar negara. Haa..masa inilah peluang untuk Malaysian companies memasarkan produk mereka ke luar negara. 

So, seperti tahun-tahun sebelumnya, aku macam biasalah kena bertugas esok. Ini merupakan tahun kedua aku bertugas kat bahagian kaunter pendaftaran. Alhamdulillah..dah tak kena jadi usherette macam tahun-tahun sebelumnya. Aku ni takleh nak berdiri lama sangat. Cuma tahun ni aku jaga walk-in registration pulak. Haa..macam mana la walk-in tu ek. Selalunya walk-in ni lagi busy. Maklumlah, kena make sure company isi registration form tu dengan betul supaya maklumat mereka ni tak salah masa didaftarkan ke dalam sistem. Hmm..

Harapnya esok takdelah kelam kabut sangat. Risau juga ni. Tapi ada kakak-kakak yang banyak pengalaman nanti, takde la risau sangat kot...harap dapatlah buat dengan baik esok hari. Insha Allah...

Okay...till we meet again
*esok seharian away from workplace...daaaa
Read more ...

Friday, March 27, 2015

Salam Jumaat

Assalamualaikum...

Salam Jumaat semua.




Wallahualam...
Read more ...

Wednesday, March 25, 2015

Wordless Wednesday #1 [25.03.2015]

Assalamualaikum...
Wordless Wednesday #1 untuk hari ini...

Okay...till we meet again



Read more ...

Tuesday, March 24, 2015

CPUV Nuffnang - Second Half of March 2015

Assalamualaikum...
Second half of March - you may find the first half of March here

Thank you Nuffnang.

Okay...till we meet again

Read more ...

Thursday, March 19, 2015

Craving for Ayam Goreng!!!

Assalamualaikum...

Semalam aku tertengok satu gambar kat website mana tah. DAN dengan itulah aku tetibe teringin nak makan ayam goreng tapi bukan ayam goreng KFC ke. Aku cuma nak makan ayam goreng salut tepung biasa tu je. 
image: Google
Aku tak faham kenapa tetibe selera nak makan ayam goreng padahal aku sendiri dah kurang selera makan hendak masuk minggu yang ketiga. Bab hilang selera makan pun aku takde jawapan lagi kenapa. Apa yang pasti aku turun berat beberapa kilo sebab tak ada selera nak makan. Aku sekarang ni makan untuk pastikan perut aku tak lapar sangat. Itu je...janji ada something boleh alas perut. 

Mak pun pelik tengok aku takde rasa nak makan. Cuma, bila aku tengok gambar ayam goreng dan aku tengok dalam drama Kill Me Heal Me, satu personaliti Cha Dohyeon makan ayam goreng, aku jadi lagi teringin nak makan ayam goreng. Uhuk uhuk..mana nak cari ayam goreng sedap tu? 

Dalam kepala aku dah terfikir Kyochon Chicken sebab ayam goreng dia memang sedap. Lagipun dah lama gila aku tak makan ayam Kyochon. Rasanya, itu kot ayam goreng paling sesuai untuk tekak aku terima sekarang ni. TAPI...bila nak perginya? Nak drive ke One Utama, Pavillion tu macam harapan je la...tak rajin dah menempah jem. Uhuk uhuk....
Read more ...

Wednesday, March 18, 2015

Wordless Wednesday #1 [18.03.2015]

Assalamualaikum...
Wordless Wednesday untuk hari ini.
Perkataan yang lemak manis tetapi berisi sindiran yang pedas.

*Terdengar kat Ikim.FM diradio tadi...

Okay...till we meet again

Read more ...

Tuesday, March 17, 2015

Beli Kain Cotton Dengan Cotton Candy

Assalamualaikum...

Ada sesiapa disini yang merupakan peminat kain cotton? Haa...kembar aku peminat kain cotton. Banyak betul baju kurung dia daripada material cotton. Maklumlah katanya selesa. Ye la, kain cotton ni, kalau kena pada kualiti dan jenisnya memang selesa betul dipakaikan? 

Cotton Candy? Apakah itu? Haa...jangan salah faham. Cotton Candy bukan sejenis gula-gula waima ais kerim juga jauh sekali. Cotton Candy ini sebenarnya kedai online di Facebook. Menjual kain English Cotton gred AAA dan juga heavy premium dull satin. Haa..kain satin memang favourite aku.

Cotton Candy menjual secara borong dan juga runcit. Harga pun berpatutan. Sempat juga usha page mereka ni. Mak aii..comel-comel belaka kain tu. Haih..ini kalau tak kuat iman, confirm aku order. Eh? hahahah. 

Sekarang ni Cotton Candy sedang buka pre-order untuk belian kain. Harga yang ditawarkan pun berpatutan dan istimewa.

Buat korang yang berminat sangat nak order, korang bolehlah membuat pre-order yang telah bermula 13 Mac sehingga 25 Mac 2015 ni. Segala pertanyaan berkaitan kain ke, pembayaran ke boleh je hubungi nombor yang tertera seperti di dalam gambar tu. 

Manalah tahu kalau ada yang nak beli kain buat persediaan untuk kenduri kahwin ke, hari raya ke..dah boleh dah beli ni. Nanti senang, terus tempah kat tailor. Oh ya..kat bawah ni aku share serba sedikit gambar-gambar kain yang dijual. Kalau nak lebih clear dan banyak lagi gambar, boleh je terus ke page Cotton Candy ya.





SO..jangan lupa singgah ke COTTON CANDY ya
 
Okay...till we meet again
Read more ...

Bila Jisung Transform Jadi Perempuan

Assalamualaikum...

Off topic..ini kelainan daripada kebiasaan. First, bagi aku gelak dulu. Second, korang jangan rasa geli pula tengok gambar-gambar yang aku nak share ni. Third, aku share sekadar buat hiburan dan bukan nak aibkan sesiapa ya.

Okay..kalau peminat drama Korea tu, rasanya tahu kot siapa Jisung ni. Aku? Harus tahu sebab aku memang suka lakonan dia. Dari dulu memang suka cuma aku bukan kaki drama, so takdelah kerjanya nak tonton drama je kan. TAPI..kalau drama yang Jisung berlakon ni, aku cubalah juga tonton..hmm..sebab lakonan dia sentiasa berbeza dan image dia akan berubah ikut drama tu. 

Dalam drama terbaru lakonan Jisung yang baru je berakhir minggu lepas, iaitu Kill Me Heal Me, Jisung melakonkan watak sebagai pesakit DID, Dissociative Identity Disorder atau lebih dikenali sebagai Multiple Personality Disorder. Banyak punca boleh sebabkan sakit DID ni. Cuma dalam drama ni, Jisung (Cha Do Hyeon) mempunyai kisah silam yang menyedihkan yang menyebabkan dia mendapat sakit ni.

Cha Do Hyeon ni mempunyai 6 personaliti lain dalam dirinya iaitu Shin Segi, Perry Park, Ahn Yosub, Ahn Yona, Nana & Mr. X. Dimana setiap daripada personaliti ini terbina melalui pengalaman, ingatan dan situasi yang terpaksa dihadapi oleh Cha Dohyeon ni. Paling menyerlah antaranya watak Ahn Yona, iaitu gadis berumur 17 tahun yang kerjanya jadi sasaeng (stalk idol), pastu sangatlah gedik dan sukakan lelaki handsome. 

Pada aku, untuk melihat Jisung transform into a girl bukan perkara senang tambahan dia berlakon selalu watak serious tak pun lawan-lawan. Tambahan dengan status dia sebagai suami, bakal bapa yang berusia 38 tahun tu, aku takleh nak imagine pada awalnya. TAPI..bila dia dah transform menjadi Ahn Yona, kagum juga aku. Nak tengok rupa dia? Jom layan sikit gambar-gambar kat bawah ni..








Oppss...jangan geli ya. Ini bukan dia yang sebenar pun. Sekadar lakonan je. Nama pun pelakonkan? Bila harus bawa karakter begitu, dia kenalah bawa dengan sebaik yang mungkin. Jujur aku tak rasa geli tengok dia jadi perempuan tapi aku rasa sangatlah kelakar sebab watak Ahn Yona ni memang menceriakan lagi drama ni.
Okay..ini gambar sebenar Jisung. Haa...takdelah jambu mana pun muka dia. Cuma teknik makeup tu berjaya merubah sedikit muka dia jadi perempuan. Gitu teknik makeup orang korea ya. Macam aku cakap kat atas tadi, aku sekadar nak share je. Takde niat lain..so, meh aku belanja sekeping lagi gambar daddy-to-be ni..hehehe. Agak2 berapa markah nak bagi kat Jisung sebagai Ahn Yona? Hahahahaha
Okay...till we meet again.

Read more ...

Monday, March 16, 2015

Cinderella...My Favourite Fairytale

Assalamualaikum...

Image: Google
Malam Sabtu lepas aku, cik kembar dan dua orang kawan pergi tonton filem terbaru Disney, Cinderella. Serious, ramai gila orang walaupun masa tayangan pukul 1120pm. Sebenarnya itu pengalaman pertama aku tonton filem lewat malam di pawagam. Tak pernah aku buat kerja gila pergi tonton filem jauh malam macam tu. Selalunya paling lewat pukul 9pm ke...sebab aku tak suka balik rumah lewat.

TAPI, disebabkan kembar dan kakak-kakak tu nak tonton lewat, aku ikut je la. So, my first impression bila tonton Cinderella ialah, WOW...memang rasa kembali ke zaman kanak-kanak aku dulu. Teringat akan buku cerita pertama yang mak beli untuk aku bila aku dah pandai baca bahasa Inggeris. Masa tu rasanya umur aku dalam 6 atau 7 tahun kot. Buku cerita Cinderella. 

Filem Cinderella ini dimulai dengan Frozen Fever. Haa..combo la kiranya ni. Memang best la dapat tonton Frozen Fever tu walaupun sekejap je. Gelagat Anna, Elsa, Olaf dan Christoph..haha..paling best bila Elsa bersin je keluar la snowman kecil-kecil tu. Alahai comel.
Image: Google
Bila mula je cerita Cinderella ni, aku memang rasa teruja sebab plot cerita ni tak diubah dan memang sama dengan kisah dongeng yang selalu kita dengar. Costume dress yang warna biru tu. Glass shoes tu paling menarik hati aku. Cantik gila. Kebodohan kakak-kakak tiri Cinderellah tu, semuanya sebiji macam yang aku biasa baca. Alaa...bukan tak pernah tengok cerita Cinderella, tetapi banyak yang tak begitu sama dengan plot cerita yang kebiasaan aku baca dan dengar. Ala..Into The Woods tu pun Cinderella pun macam merapu je. Baju je dah macam Aurora Beauty & The Beast. 

Aku boleh bagi 9 bintang untuk filem ni sebab jalan cerita yang menarik. Latar cerita pun cantik. Suasana ballroom istana tu meriahnya dan suka sangat bila Cinderella melangkah masuk je, semua mata terpaku pada kecantikan semula jadi dia dan dress kembang yang dia pakai tu. 

Oh..tak nak cerita lebih-lebih. Kang kalau yang belum tengok, nanti tak surprise pulak. Filem ni memang sesuai untuk tontonan semua lapisan termasuk kanak-kanak. Haih..kalaulah Snow White pun ada cerita begini kan best. Hehehe...

Okay...till we meet again
Read more ...

Happy Birthday Daehan, Minguk & Manse!!!

Assalamualaikum...

Siapa yang dah biasa tonton Return of The Superman, mesti tahu pasal anak kembar tiga pelakon Song Ilkook, Daehan Minguk dan Manse. Haa...budak kembar tiga ni memang sangat popular disebabkan keletah bersahaja mereka juga kemesraan mereka dengan kamera. Aku dan keluarga pun turut sukakan budak kembar tiga ni.

Kebetulan, hari ini merupakan ulang tahun ketiga (keempat ikut umur korea) Daehan Minguk Manse. 16 Mac 2015. Dah tiga tahun budak-budak comel ni. Dah besar dah. Alahai..kalaulah dekat, mau aku pergi bagi hadiah kat budak-budak tu. Seronoknya kalau dapat jumpa.hahahaha

Oh ya..dalam episod terbaru Return of The Superman ni nanti akan ada dorang celebrate birthday dengan kembar dua Seoeon dan Seojun. Maklumlah, beza tarikh lahir sehari je iaitu 15 Mac tapi kembar tu baru nak masuk 2 tahun. Alahai..kebetulan betul budak-budak ni. Kembar pulak tu.


생일 축하합니다
생일 축하합니다
사랑하는 대한 민국 만세
생일 축하합니다

Happy birthday Daehan Minguk Manse!!!!

Okay...till we meet again
Read more ...

Wednesday, March 11, 2015

Wordless Wednesday #2 [11.03.2015]

Assalamualaikum...

Wordless Wednesday #2 untuk hari ini.
Life's most persistant and urgent question is "What are you doing for others?"

Okay...till we meet again
Read more ...

Wordless Wednesday #1 [11.03.2015]

Assalamualaikum...

Wordless Wednesday untuk hari ini.

Okay...till we meet again
Read more ...

Tuesday, March 10, 2015

CPUV Nuffnang - Terima kasih Nuffnang

Asssalamualaikum....

Selamat sejahtera semua. Lamanya tak bercerita pasal CPUV. Aduhai...taktau la nak kata apa. Buka je akaun Nuffnang, terkejut tengok amaun kat akaun Nuffnang bertambah banyak. Ya Allah, bersyukur sangat. Hehehe...tapi kita peram lagi ya sampai dah cukup target.

Ini adalah senarai CPUV yang aku terima untuk bulan March 2015 ni. Ada 6 campaign yang masuk. Alhamdulillah. TAPI...ada satu yang aku sangatlah terkesima plus aku sangat ingin tahu. MATRADE Brand Awareness Campaign. Haa...macam ku kenal saja nama MATRADE itu..hahahahah.

Apa pun, terima kasih Nuffnang sebab sudi bagi CPUV pada blog ini walaupun kurang aktif beberapa ketika. Oh ya, harap kekal berpanjanganlah nampaknya. Ada beberapa lagi campaign dari bulan Februari yang masih berjalan. Syukur..

Okay...till we meet again
Read more ...

Monday, March 09, 2015

Rindu Pada Blog

Assalamualaikum...

Ya Allah, sumpah rindu sangat dengan blog ni. Terabai sikit punya lama sebab tuan blog awat from lappy selama seminggu sebab ada tanggungjawab penting perlu dilaksanakan. Sedar-sedar je dah lebih seminggu rupanya. Nasib tak bersawang ya.

Korang semua sihat tak? Ada ke yang rindu kat tulisan kita? Hahaha..berangan. Okay...okay....start hari ini kita blogging balik ya. But don't expect much sebab aku skang ni on and off blogging. Got things to do. Makin tua ni makin busy pulak. Ada je benda nak buat. Hehehehe...

Apa pun, bakal ada satu produk kita nak share dengan korang nanti...tapi kena tunggu la ya. Kita nak rest dulu. Kepala sakit balik...nanti kita start blog walking balik ya.

Okay....till we meet again
Read more ...