Monday, December 12, 2016

G.T.C.M. Back To Nature FRIM 2.0 [Part 1]

Assalamualaikum...

Selamat sejahtera semua. Kembali lagi dengan entri baru. Kali ini dengan tema back to nature. Well, sesekali kita kena juga menghayati keindahan alam ciptaan Tuhan ini. Barulah hidup ini lebih bermakna.
Pada hari Sabtu, 10 Disember 2016, aku dan kengkawan join trip Gang Travel Club Malaysia (GTCM) dalam program G.T.C.M Back To Nature FRIM 2.0. Kisahnya, kembar aku la ni yang daftarkan nama aku sekali. Well, aku pun suka aktiviti macam ni. Janji dapat keluarkan peluh. YES, I love sweat.

So, aku, kembar dan kawan kitorang Kak Bavani (Bava) gerak dari Putrajaya menuju ke FRIM, Kepong dalam pukul 7.30am. Perjalanan sebenarnya tak lama pun sebab hujung minggu, jalan kurang jem. Tiba saja di pintu masuk FRIM, kami dinasihatkan oleh pengawal keselamatan untuk parking kereta di area D6, yang berdekatan dengan tempat permulaan kami nanti.
Program bermula dengan sesi pendaftaran setiap peserta dan kami diberi button badge sebagai pengenalan kami. Sementara menunggu kesemua peserta tiba, kitorang sempat juga bergambar bersama...ada juga yang pergi breakfast. Ramai betul orang kat FRIM, mungkin kerana cuti sekolah dan hujung minggu kan.
Setelah semua peserta berkumpul, program bermula dan kami dibahagikan kepada dua kumpulan. Setiap kumpulan diiringi pegawai pengiring bertauliah. Pegawai pengiring kami yang kami panggil Uncle, merupakan seorang pegawai perhutanan dan tugasan beliau sebagai pegawai pengiring ni adalah part time katanya...tetapi setiap penerangan beliau cukup untuk menggambarkan betapa luasnya pengalaman beliau.
Okay...memandangkan ini adalah part 1, aku cerita dulu kisah sebelum kitorang melalui Titian Kanopi atau Canopy Walkway. 

Sebelum kami mula menerokai FRIM, kami diberi penerangan oleh Uncle berkenaan dengan peraturan dan garis panduan yang telah ditetapkan. Setiap peserta diingatkan untuk tidak membawa pulang sebarang jenis tumbuhan yang hidup dalam hutan tu, kecuali bawa balik sampah..kira khidmat masyarakat la ni.
Selesai penerangan, perjalanan kami bermula dengan dibawa melihat ikan arapaima, spesies ikan air tawar yang besar. Bayangkan masa Uncle panggil ikan tu, tergamam tengok memang betul-betul besar. Ikan arapaima ni spesis ikan yang makan ikan juga tau. Kami diingatkan untuk tidak memberi makan kepada ikan tersebut. Cuma nasib tak berapa baik sebab air kolam tak cantik time tu. Kalau tak, lagi jelas nampak bentuk ikan tu.

Selesai tengok ikan, kitorang mula berjalan menuju ke hutan. Permulaan kami adalah diberi penerangan mengenai pokok pukul 5. Kenapa ia diberi nama pokok pukul 5? Haa..menurut Uncle, pokok ini mempunyai sejenis bunga yang akan menguncup pada pukul 5 petang. Menarikkan? Pokok ini besar dan dapat menampung CO2 dalam jumlah yang besar.
Korang pernah dengar Ant tree? Haa..ni kali pertama aku dengar dan lihat sendiri. Menurut Uncle, Ant tree ini memang tempat semut berkumpul. Uncle siap patahkan sikit dahan pokok tu dan tunjukkan kepada kami dalam dahan tu penuh dengan semut. No wonder la namanya Ant tree.
Haa...kali ni pohon buloh pulak. Ala, buluh burma. Gila besar pohon buluh ni. Kalau nak buat lemang memang takleh la. Kalau buat pelita buluh okay la tu..Hahaha..tapi banyak kegunaan buluh burma ni menurut Uncle terutama zaman dulu-dulu..


Sebelum sampai ke jalan masuk Canopy Walkway tu, kami perlu masuk ke Denai Keruing dulu. Haa...yang ni kita sambung part 2 ya....nanti letih korang nak baca..hahaha
Okay...till we meet again

3 comments:

  1. seronok dekat dengan alam semulajadi ni kan..suka aktiviti macam ni.boleh sihatkan badan juga

    ReplyDelete
  2. Sampai hati lupakan kitaaaaaa...huhuhu

    ReplyDelete

My friend say: