Thursday, July 13, 2017

Bila Ainim Membaca Novel : #NovelBreathe

Assalamualaikum...
Tahukah korang bahawa Ainim ni bukan seorang kaki novel? Hahaha...itu antara perkara yang paling sinonim dengan aku. Nak baca novel? Oh NO...tak minat sebab malas nak feeling feeling bila baca novel. Tambahan pula novel yang biasa dipasaran ni kebanyakkan bertemakan cinta. Ke aku je berpendapat macam tu? Maksud aku, novel yang popular sekarang ni majoriti novel cinta. Aku ni kurang sikit topik cinta cinta ni...BOSAN

Hmm...hendak dijadikan cerita, aku follow akaun Twitter Dr Beni Rusani yang memang Tweet Famous beliau ini. Merupakan salah seorang author untuk buku Diagnosis dan Apokalips. Hmm..baru baru ini beliau menerbitkan sebuah novel hasil penulisan beliau yang berjudul Breathe.

Aku ni selalu tengok orang dok tweet berkenaan novel ni daannnnnn secara tak langsung menarik perhatian aku untuk membaca novel ni. TAPI..kenalah beli dulu novel tu. Ye tak? So, setelah hampir 2 minggu dok usha review pembaca dan setelah aku sendiri baca sinopsis novel ini, maka tertarik hati untuk membeli novel ni.

Keinginan untuk membaca novel memang betul-betul mendalam. Hmm...by the way, Dr Beni ni aku baca blog dia dulu, then baru ada interest untuk baca novel dia. So...semalam, sejenis kegigihan melanda diri dan aku terus ke MPH Publika untuk membeli novel Breathe. Harga RM 30 dan aku sempat jugalah tanya stok berapa yang ada. Hanya tinggal 6 buah saja lagi and the novel is No. 1 MPH Weekly Best Seller for fiction category...gitu.
So, tengah hari tadi aku sempat luangkan masa rehat di library untuk membaca novel Breathe ni. Kebetulan aku ada visit pagi ni. Masa round dalam library tadi ternampak pulak spot baik untuk aku baca novel ni secara santai. Haa...yes, novel ni memang nampak biasa je jalan cerita dia tapi sangat menarik.

By the way, aku tak habis baca lagi. Ye la, rehat pun sejam je. Sempat baca sampai chapter 3, itu pun aku dah tersengih gelak baca certain parts yang kelakar dalam novel ni. Maka, akan aku teruskan pembacaan malam ni juga. Hehehe

#NovelBreathe ni aku syorkan korang baca. Banyak info dan pengajaran korang boleh dapat tau..nantilah, dah selesai baca..aku share dengan korang lagi ya.

Okay...till we meet again

8 comments:

  1. ok tu rajin dari CT buku pun tamo pegang hehe.. nasibla kena always baca essay students.. bacalah jugak =P

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha...akak rajin baca berita je

      Delete
  2. Harap2 ada lagilah buku tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insha Allah, ada lagi..cuba pergi ke MPH Alpha Angle kt Wangsa Maju

      Delete
  3. Macam menarik buku ni. Hot selling sungguh tinggal 6 buah ja kat MPH tu? fuh..

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup..buku ini memang menarik sangat

      Delete
  4. HUrmm macam menarik jerk novel ni ainim... Huhuhu kena masuk dalam wishlist ke ni.. hahahaadoiii

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yup..saya dh habis baca novel ni..tinggal nak repeat je

      Delete

My friend say: