Monday, August 22, 2016

NBOS Run & Ride 2016

Assalamualaikum...

Sekadar nak update aktiviti larian aku. Kalau korang pernah menjadi pembaca setia blog ni, mungkin masih ingat yang aku ni suka sangat join running event. Dalam setahun tu mesti ada je larian yang aku akan join dengan kengkawan.

Walaupun busy dengan kerja, aku cuba juga join memana running event yang bersesuaian dengan kelapangan masa. Tahun ni sepatutnya ada 3 larian yang aku join tapi 2 event tu terpaksa batal, sekadar register dan ambil baju je. Buat koleksi je la jawabnya.

Alhamdulillah, NBOS Run & Ride 2016 baru-baru ni, berjaya juga aku join. Berjaya juga akak sudahkan larian 5km tu. Gila betul rasa...lama tak join larian, sekali dapat lari...dah macam apa je aku time tu. Lari sensorang, memang takde nak menunggu sesapa. So, nak lari laju ke, slow ke, suka hati mak nenek aku je la kan.

Apa pun, memang best walaupun sekadar fun run je. Ikut kemampuan kaki dan duit untuk register..hahaha. Ada lagi beberapa running and walking event yang aku dah register. Looking forward sangat....tak sabar..

Kalau korang pun join larian dan terserempak dengan aku masa lari tu, sudi-sudi la tegur ya...hakak ni rabun, lari tak pakai spek...so, tak nampak muka orang..hahaha

Okay....till we meet again 

*nak tengok gambar lain boleh tengok kat Instagram akak ya... @ainimsuju

3 comments:

My friend say:

Nuff Ads